| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti

Objektif

Memastikan kesinambungan program pemulihan dan penyeliaan yang lebih berkesan dengan harapan dapat memberikan peluang kedua kepada banduan untuk meneruskan kehidupan melalui proses reintegrasi dalam komuniti

Fungsi

Membantu penghuni menyesuaikan diri dalam masyarakat
Memberi peluang kedua kepada penghuni dalam menjalani hidup yang lebih baik dari sebelumnya
Dapat menjalani Program Parol dengan pemantauan Pegawai Parol yang terlatih
 

Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti terdiri dari:-

Unit Aplikasi Parol:

Menguruskan dan mengawalselia pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMPPRL).
Bertanggungjawab menyelengara, menambahbaik dan memantau Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMPPRL) bagi memastikan SMPPRL beroperasi dengan lancar.
Memastikan setiap pejabat parol di seluruh Jabatan Penjara Malaysia dapat membuat capaian ke Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMPPRL).
Mengintergrasikan Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMPPRL) dengan Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP) yang lain bagi tujuan perkongsian maklumat dan mengurangkan aktiviti-aktiviti manual.
Memberi khidmat sokongan kepada pengguna Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMPPRL).
Mengenalpasti keperluan ICT yang sedia ada dan baru untuk pejabat parol.
Mengendalikan latihan kepada pegawai-pegawai parol bagi penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan Parol (SMPPRL)


Program / Inisiatif

Mengurangkan kadar residivis (Penghuni Berulangkali Masuk Penjara)
Mendorong penghuni berkelakuan baik
Memberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai
Mewujudkan penglibatan yang tinggi daripada masyarakat
Mengurangkan kos operasi penghuni dalam penjara
Membantu mengurangkan kesesakan dalam penjara