| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Pembangunan dan Perolehan

Pengarah
 ZURIAH BINTI DOLLAH

Objektif

  • Memastikan semua perancangan projek pembangunan Jabatan Penjara dilaksanakan dan disiapkan mengikut tempoh yang dijadualkan.
  • Memastikan perjalanan peruntukan pembangunan diuruskan dengan lebih efektif dan efisien supaya semua prosedur kewangan dipatuhi.
  • Menentukan pengurusan pentadbiran Jabatan berjalan dengan cekap dan teratur.
  • Memastikan keperluan-keperluan Jabatan Penjara sama ada keperluan banduan dan anggota dilaksanakan dengan berkesan menerusi pelawaan tender dan sebut harga berasaskan prosedur kewangan yang ditetapkan.

Fungsi

  • Merancang projek-projek pembangunan dan menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan.
  • Memilih, mengawal dan mengesan kemajuan fizikal projek-projek pembangunan.
  • Membuat anggaran bangunan-bangunan dan alat-alat kelengkapan bagi perlaksanaan projek-projek.
  • Menyelaras Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
  • Membuat perolehan, pembelian dan pembekalan pelbagai stok serta perkhidmatan gunasama.
  • Mengawal pengagihan penggunaan stok dan perkhidmatan gunasama serta pertukaran stok barang-barang gunasama dan lain-lain stok.
  • Menguruskan kontrak-kontrak pusat, kontrak-kontrak Jabatan dan sebutharga bagi perolehan dan pembekalan serta perkhidmatan.
  • Menguruskan aspek-aspek pelupusan barang-barang atas kelulusan sama ada Ketua Pengarah dan Kementerian Kewangan.


Seksyen & Unit:-
Seksyen Pembangunan
Seksyen Perolehan
Unit Pentadbiran

 

SEKSYEN PEMBANGUNAN

Fungsi dan Peranan :

  • Merancang projek-projek pembangunan dan menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan.
  • Mengenalpasti keperluan dan keutamaan pelaksanaan projek pembangunan, baikpulih dan menaiktaraf Jabatan & institusi.
  • Menyelaras Rancangan Pembangunan Lima Tahun
  • Menyelia & mengemaskini laporan fizikal dan kewangan projek pembangunan.

Unit-unit di bawah Seksyen Pembangunan :
Unit Pelaksanaan Projek :

  • Operasi dan Pemantauan
  • Bajet

Unit Pengurusan Projek

  • Penyelenggaraan
  • Teknikal


SEKSYEN PEROLEHAN

Fungsi dan Peranan :

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan perolehan peralatan dan kelengkapan Jabatan Penjara Malaysia seperti yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
  • Merancang dan menyediakan Anggaran Belanja Pembangunan (P.62) yang meliputi :
    i) Langkah-langkah Keselamatan
    ii) Peralatan dan Mesin Bengkel
    iii) Keperluan Teknologi Maklumat
    iv) Kenderaan
  • Merancang dan melaksanakan peruntukan B.62-Belanja Mengurus bagi perolehan bekalan/perkhidmatan di bawah peruntukan yang diluluskan.
  • Mewujudkan kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan seperti perkhidmatan klinik panel, kerja-kerja kebersihan, penyelenggaraan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) dan sebagainya.
  • Merancang dan menguatkuasa tatacara pengurusan stor, pengurusan aset alih dan aset hidup Jabatan.
  • Menguatkuasa dan memantau kontrak-kontrak perolehan yang diwujudkan.


Unit-unit di bawah Seksyen Perolehan :
Unit Perolehan Tender
Unit Perolehan Sebut Harga dan Pembelian Terus

  • Unit Teknikal

Unit Pengurusan Aset :

  • Pemantauan dan Pelupusan
  • Pembekalan dan Stor Pusat

Program / Inisiatif

  • Memastikan peruntukan projek pembangunan, Langkah-Langkah Keselamatan dan Pembaikan dan Pengubahsuaian dibelanjakan sekurang-kurang 98% pada setiap tahun (BK-MK-12).
  • Memastikan kontrak bekalan catuan basah dan bekalan bahan-bahan lain diurus, dipantau dan diselia supaya mematuhi sekurang-kurangnya 80% daripada kehendak kontrak pada setiap bulan (BK-MK-13 dan BK-MK-14).
  • Memastikan sekurang-kurangnya 90% Sistem Keselamatan Elektronik di penjara yang terlibat berfungsi pada setiap masa (BK-MK-15).