| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Pengurusan Banduan



Pengarah
KP AJIDIN BIN SALLEH

 

OBJEKTIF

  • Memastikan banduan/tahanan/juvana mengikuti program pemulihan sepanjang tempoh mereka berada dalam penahanan.
  • Memastikan banduan/tahanan/juvana mendapatkan layanan sewajarnya dari aspek rawatan kesihatan,kaunseling,pendidikan dan kebajikan.
  • Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah.
  • Memberi latihan kemahiran bersijil kepada semua banduan/tahanan/juvana yang layak semasa penahanan bagi persiapan pekerjaan apabila dibebaskan.
  • Membangun dan membuat penyelidikan bagi produk baru yang mampu bersaing dalam pasaran.

FUNGSI 

Pemulihan Akhlak Penghuni

  • Melaksanakan program pemulihan ke atas banduan bagi memperbaiki fizikal, mental dan akhlak berteraskan nilai murni masyarakat.

Pendidikan kepada Penghuni

  • Melaksanakan program pendidikan ke atas banduan muda, tahanan muda dan juvana bagi membangunkan modal insan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Layanan ke atas Penghuni

  • Memastikan banduan diberi layanan yang selayaknya berteraskan kepada tiga perkara utama iaitu Hak, Keistimewaan dan Kemudahan.

Rawatan Kesihatan Penghuni

  • Memastikan banduan yang memerlukan rawatan kesihatan diberi peluang yang sewajarnya untuk mendapatkan rawatan di klinik penjara atau hospital yang berhampiran dengan
    penjara.

Latihan Kemahiran kepada penghuni

  • Memastikan banduan diberi peluang kemahiran yang sewajarnya untuk mendapatkan kemahiran Vokasional dan Industri.

 

TIGA SEKSYEN DIBAWAH BAHAGIAN PENGURUSAN BANDUAN 

SEKSYEN PEMULIHAN & PENDIDIKAN

Unit Pemulihan

Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menilai program pemulihan dikalangan banduan/ tahanan/ penghuni yang berada di bawah jagaan Jabatan Penjara Malaysia.

Unit Pendidikan

Bertanggungjawab dalam memberi peluang pendidikan secara formal dan tidak formal kepada banduan/ tahanan/ penghuni dalam bidang akademik, kokurikulum, teknik vokasional (TVET) dan pengajian tinggi sepanjang menjalani hukuman di dalam penjara.

 

SEKSYEN RAWATAN & LAYANAN 

Unit Pencegahan

Bertanggungjawab dalam pencegahan dan kawalan penyakit, membuat pengesanan awal tahap ketagihan dadah dan menyelaras program Harm Reduction dalam meningkatkan tahap kesihatan penghuni.

Unit Kesihatan (Klinik & Farmasi)

Bertanggungjawab menyelaras perkhidmatan Kesihatan yang lebih berkualiti.

Unit Layanan (Layanan & Kebajikan)

Memastikan banduan/tahanan/penghuni mendapat layanan sewajarnya.

Unit Psikologi

Bertanggungjawab merancang,menyelaras dan meningkatkan aktiviti psikologi dan intervensi kaunseling ke arah program pemulihan yang efektif.

 

SEKSYEN VOKASIONAL & INDUSTRI

PENGENALAN

Sebagai peneraju dalam menjalankan latihan kemahiran vokasional secara komprehensif dan bersepadu, khasnya dalam aspek pembentukan kendiri dan pembangunan kerjaya penghuni disamping mewujudkan mekanisma pengurusan industri yang efektif serta komersial.

OBJEKTIF / FUNGSI

  • Memberi peluang kemahiran bersijil kepada penghuni bagi meningkatkan produktiviti.
  • Meluaskan pasaran produk penjara sama ada di dalam mahupun di luar negara.
  • Memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat bahawa penghuni juga mempunyai bakat dan keupayaan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi negara.
  • Meningkatkan peluang kerjaya kepada penghuni setelah dibebaskan.
  • Meningkatkan hasil kepada Jabatan.

UNIT-UNIT 

PEMBANGUNAN LATIHAN DAN KERJAYA

  • Merangka strategi latihan kemahiran yang berkesan mengkut keperluan industri berdasarkan National Occupation Skills Standards (NOSS)
  • Melaksanakan Program Pensijilan Kemahiran Penghuni melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SKM-SLDN), Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK-CIDB) dan Sijil Asas Kemahiran (Modular).
  • Melantik penyelaras, coach dan trainer berkemahiran yang bertauliah mengikut bidang untuk melaksanakan latihan kemahiran dan persijilan.
  • Menganalisa keberkesanan kursus melalui penyeliaan berterusan terhadap prestasi serta pencapaian kemahiran banduan di bengkel.
  • Mendaftar pusat latihan dan perantis program latihan denagan agensi pelaksana.
  • Membangunkan bahan pembelajaran serta soalan-soalan peperiksaan seperti yanh telah ditetapkan.
  • Mengenalpasti rekabentuk produk yang ergonomik berdasarkan peredaran masa dan keperluan semasa.
  • Melantik Pegawai Penilai Luaran (PPL) untuk lawatan dan pemantauan bagi tujuan menilai kompetensi perantis .
  • Merancang peluang peningkatan latihan dengan kerjasama syarikat untuk membuka laluan kerjaya kepada penghuni selepas bebas.
  • Menyemak semula modul-modul latihan selaras dengan teknologi dan pembangunan industri.
  • Penyampaian sijil kepada perantis yang berjaya dalam Majlis Konvokesyen.
  • Menyemak permohonan Bayaran Insentif Ketukangan (BIK) kepada Pembantu Pengajar Kemahiran.

PEMASARAN

  • Mempromosikan produk penjara dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan penjara kepada masyarakat .
  • Mewujudkan hubungan antara jabatan dengan pihak swasta atau agensi kerajaan yang lain untuk meluaskan rangkaian pasaran produk dan perkhidmatan.
  • Menganalisa dan mengenalpasti produk yang berpotensi tinggi mengikut keperluan pasaran semasa.
  • Menyelia perkhidmatan jualan e-tempahan secara dalam talian yang disediakan oleh pihak MAMPU.
  • Membuat penilaian terhadap prestasi jualan serta aktiviti pemasaran yang dijalankan.

PERUSAHAAN INDUSTRI

  • Merancang dan menganalisa Anggaran Belanja Mengurus, perolehan aset dan permohonan peruntukan di bawah perusahaan institusi penjara.
  • Menyelia operasi bengkel perusahaan, amanah , kualiti dan pengeluaran produk penjara di seluruh institusi.
  • Mengaplikasi Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat bagi banduan dan kakitangan yang bekerja dibengkel.
  • Merancang dan menyelaras peruntukan tahunan dan perolehan aset di bawah Akaun Amanah institusi penjara.
  • Menyelia hasil dan menyelaras perbelanjaan peruntukan institusi secara efisyen.
  • Mengurus dan memantau perjalanan program-program skim usahasama, khidmat bakti, perusahaan ringan dan tempahan secara pukal bagi meningkatkan pendapatan penghuni mengikut perjanjian/peraturan/akta yang sah.
  • Mengurus dan memantau aktiviti pengeluaran sara diri (produk & perkhidmatan) bagi keperluan institusi-institusi penjara.
  • Mengenalpasti, merancang dan membuat analisa kos terhadap pengeluaran produk berskala besar agar lebih berdaya saing
  • Menjalinkan kerjasama pintar / NBOS bagi penghasilan produk bersama agensi luar mengikut perjanjian/peraturan/akta yang sah bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan penghuni.



Direktori Warga Pengurusan Banduan