| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran


Pengarah
Puan Rosilah Binti Abdullah




Objektif

Mengungguli Transformasi Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Melalui Pemacuan Permodenan Modal Insan Yang Lebih Tersusun, Kompeten dan Efisien dan juga Pengurusan Pentadbiran.

Fungsi
Untuk memastikan pengurusan sumber manusia Jabatan lebih cekap, berkesan, sentiasa relevan serta responsif kepada cabaran semasa, Lima (5) fungsi utama telah diwujudkan seperti berikut:

  1. Berfungsi untuk mengitegrasikan secara komprehensif dan fleksibel pengisian jawatan, penyusunan semula organisasi, penempatan dan pertukaran kakitangan melalui perancangan tenaga kerja yang lebih bersepadu dan jitu.
  2. Berfungsi di dalam pengautomasian pemberian perkhidmatan personnel kepada anggota serta kakitangan melalui kecekapan di dalam urusan-urusan berkaitan pemberian kemudahan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan kepada kakitangan awam.
  3. Berfungsi untuk menjajarkan matlamat individu dengan matlamat organisasi melalui pentadbiran urusan tanggung kerja, laporan penilaian prestasi dan anjakan gaji, pengurusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan dengan lebih berkesan.
  4. Berfungsi Untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif antara pihak pengurusan dan pekerja melalui pelaporan isu dan penyelenggaraan dan pemantauan kes-kes tatatertib serta pengisytiharan harta setiap anggota dan kakitangan di Jabatan.
  5. Berfungsi sebagai pemudahcara yang komprehensif melaui penyelarasan dan pemantauan pelaksanan HRMIS peringkat Jabatan Penjara Malaysia khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, aktiviti semasa pelaksanaan dan aktiviti selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS.
  6. Mengurus pentadbiran jabatan.


Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran terdiri dari:-
1. UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Pertukaran Jabatan sebanyak 11 kali setahun
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Perjawatan Mengikut Keperluan Jabatan.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Penjara Malaysia sebanyak 4 kali setahun.
  • Menguruskan pengisian kekosongan perjawatan gred lantikan seperti KX 17, KX 27 dan KX 41.
  • Menguruskan kekosongan perjawatan bagi jawatan yang melibatkan kader-kader terlibat.
  • Menguruskan pengisian perjawatan bagi institusi-institusi baru yang terlibat dari masa ke semasa.

2. UNIT PERKHIDMATAN

  • Menguruskan Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen dan pelanjutan Tempoh Percubaan.
  • Menguruskan cuti tanpa rekod, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji dan cuti sakit lanjutan.
  • Menguruskan permohonan semua jenis kemudahan seperti tambang wilayah, bayaran balik perubatan, pakaian istiadat / Black Tie, pakaian panas, bayaran insentif wilayah, elaun jurubahasa, bayaran Insentif Kewangan dan Bayaran ITP.
  • Menguruskan Urusan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan, Persaraan Atas Sebab Kesihatan dan Pencen Terbitan bagi anggota Beruniform dan Awam.
  • Menguruskan Perletakan Jawatan, Pelepasan Jawatan dan Penamatan Perkhidmatan.

3. UNIT PENGURUSAN PRESTASI DAN NAIK PANGKAT

  • Pengurusan kertas perakuan dan kertas pertimbangan bagi pemangkuan dan kenaikan pangkat anggota uniform bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
  • Penyelarasan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Sokongan Peringkat Jabatan Penjara Malaysia sebanyak 4 kali.
  • Menyelia dan Menguruskan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
  • Menyelia dan Menguruskan Mesyuarat berkaitan Panel Pergerakan Gaji (PPG).

4. UNIT PENGURUSAN TATATERTIB

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) dan Kumpulan Pengurusan (No.2) Jabatan Penjara Malaysia.
  • Mengemukakan rayuan hukuman tatatertib pegawai/anggota kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (SPA).
  • Menyelaras urusan pengisytiharan harta semua pegawai/kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan memantau pelaksanaan arahan pengisytiharan harta di peringkat Institusi.

5. UNIT HRMIS

  • Penyelarasan dan pemantauan pengemaskinian data asas HRMIS bagi institusi-institusi penjara baru di 19 institusi iaitu 14 Pejabat Parol Negeri dan 5 Institusi Penjara.
  • Penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan Sub modul Pengurusan Cuti sebanyak 57 institusi penjara.
  • Penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan Sub modul Pengisytiharan Harta di 29 institusi.
  • Penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan HRMIS dan Infrastruktur di Institusi seperti membuat naziran dan OJT (Latihan Sambil Bekerja) di 12 institusi.
  • Menjalankan Naziran dari masa ke semasa terhadap semua institusi penjara mengenai penggunaaan sistem HRMIS.

6. PENTADBIRAN

  1. Mengurus dan menyelenggara Sistem Fail Jabatan
  2. Mengurus dan menyelenggara kenderaan jabatan
  3. Mengurus dan menyelaras urusan surat menyurat Jabatan
  4. Mengurus pembelian harta modal / inventori pejabat
  5. Menyelaras dan mengendalikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan
  6.  Menyelenggara peralatan pejabat
  7. Menyelaras dan mengendalikan Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia
  8. Menyelaras dan mengendalikan Perjumpaan Bulanan Pegawai dan Kakitangan
  9. Menyelaras urusan pelaksanaan tugas-tugas parlimen
  10. Mengurus dan mengendalikan urusan permohonan barang-barang gunasama daripada Stor Pusat
  11. Melaksanakan pelupusan harta modal / inventori