Matomo

Pusat Koreksional Perlis

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Koreksional Perlis

Jalan Kok Klang, Kampung Guar Nangka, 02500 Mata Ayer, Arau, PERLIS
Tel : 04-9887000 | Fax : 04-9860271 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Sejarah & Fasiliti
• Pembinaan bermula pada 5 Mei 2006 melalui kaedah rundingan terus melalui agen pelaksana adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor ialah IHS Utara Malaysia Sdn. Bhd.
• Keluasan tanah adalah kira-kira 40.5 hektar (100 ekar)
• Kos pembinaan berjumlah RM 135 juta
• Disiapkan pada 31 Oktober 2010, dan diwartakan sebagai Pusat Koreksional pada 25 Mac 2011 oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia.
• Keselamatan dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu seperti CCTV, pagar keselamatan dan penggunaan kunci keselamatan.
• Kemudahan kakitangan perumahan yang moden dan selesa, untuk pelbagai pangkat
• Rekreasi & komuniti: taman permainan, gelanggang permainan, padang bola sepak, dewan serbaguna, masjid, rumah kelab.


Perkembangan Pendidikan & Pemulihan
Program Pendidikan Agama & Al-Quran / Tahfiz
• Program pengajian Iqra telah dilancarkan di Pusat Koreksional Negeri Perlis sebagai inisiatif memperkukuh pendidikan agama dalam kalangan penghuni. Jabatan Mufti Negeri Perlis
• Penubuhan Kelas Tahfiz Al-Quran disokong oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), dengan sumbangan kewangan dan usaha untuk memberi penghayatan Al-Quran dalam proses pemulihan diri.

Kesedaran Agama & Advokasi Antara Agama
• Program advokasi bagi penghuni beragama bukan Islam telah diadakan dengan kerjasama antara Jabatan Penjara dan pertubuhan agama. Tujuannya untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai hormat-menghormati tradisi agama lain dan moderasi agama.

Pendidikan & Latihan
• Berfungsi sebagai institusi pemulihan
• Institusi latihan untuk pegawai penjara (contohnya Kursus Asas Pengurusan Penjara dan kursus jangka pendek lain)
• Fasiliti latihan seperti auditorium, bilik kuliah, dewan banquet dan asrama untuk peserta kursus.