
Penjara Pokok Sena, KM 24, Jalan Naka, 06400 Pokok Sena, Kedah
No. Tel : 04-782 5555 / 04-782 5753 / 04-782 5828 / 04-782 5831 | Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Penjara Pokok Sena dikategorikan sebagai Penjara Maksimum yang menempatkan pelbagai kategori banduan. Penjara ini mula dibina pada 1 Ogos 1999 dan siap sepenuhnya pada 30 Mei 2003. Kos keseluruhan projek pembinaan melibatkan kos sebanyak RM169,498,000. Keluasan keseluruhan kawasan penjara termasuk kawasan kediaman adalah seluas 195 ekar. Ianya dibina menggunakan teknologi yang terkini dan dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB). Pada tahun 2014, Penjara Pokok Sena telah diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Khas Penjara Pokok Sena Tahanan POCA(Prevention Of Crime Act) Akta Pencegahan Jenayah.
Penjara Pokok Sena merupakan Pusat Vokasional Industri Pokok Sena yang melaksanakan Program Peluang Kedua Anda (PEKA) kepada prospek iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang kimpalan, wetskill, elektrik dan penghawa dingin. Terdapat prospek yang mengikuti Kursus Adi Perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dalam bidang pengeluaran fabrikasi, pembuatan perabot, penghasilan produk pastri dan pembuatan pakaian wanita. Program Agro-Mas Madani dimana prospek mengusahakan tanaman pokok kelapa dan pisang emas.
Di samping itu, Institusi ini juga mempunyai Lapang Sasar Lapwing yang diluluskan untuk menjalani latihan menembak kepada kakitangan dan orang awam pada tahun 2023.
-Penghasilan produk makanan sejuk beku, pastri, kek dan
makanan kering
-Pembuatan produk kayu dan besi
-Perkhidmatan dobi
-Perkhidmatan menjahit pakaian
-Penghasilan sabun
-Galeri Produk Penjara









