Matomo

Penjara Alor Setar

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Alor Setar

Jalan Sultanah, Bandar Alor Setar, 05350 Alor Setar, KEDAH
Tel : 04-7366100 / 04-7366101 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Alor Setar, Kedah Darul Aman telah dibina pada tahun 1893 dan kini telah menjangkau usia 132 tahun. Ianya dibina di atas tapak berkeluasan sebanyak 9.336 hektar dengan ketinggian tembok 16 kaki x 1.5 kaki lebar dan terletak kira-kira 4 km dari Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Pada suatu ketika dahulu, Penjara ini dikenali dengan nama Penjara Latihan Daerah atau julukan panggilan Penjara ’8 Relong’. Penjara ini dahulunya menempatkan penghuni-penghuni daripada pelbagai kategori hukuman iaitu Hukuman Seumur Hayat, Seumur Hidup, Banduan Akhir, Hukuman Lama, Hukuman Singkat, Tahanan Limpah Sultan, Tahanan Reman dan Tahanan Buang Tempatan.

Penjara Alor Setar menempatkan penghuni dengan kapasiti 1750 orang. Institusi ini merupakan Penjara Reman bagi pelbagai kesalahan dan banduan sabitan yang melakukan kesalahan trafik. Institusi ini juga turut dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang mula beroperasi pada 06 Jun 2024.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Institusi Penjara
- Kiosk menjual produk hasil penjara
- Perkhidmatan dobi