Matomo

Penjara Pulau Pinang

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Pulau Pinang

Penjara Pulau Pinang, Jalan Penjara, 10460 Georgetown, Pulau Pinang
Tel : 04-2289899 / 04-2299799 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Penjara Pulau Pinang telah dibina pada tahun 1849 dan merupakan penjara yang paling lama beroperasi sehingga kini. Luas keseluruhan tanah adalah 15.52 Ekar yang terbahagi kepada tiga lot. Lot 855, Lot 50 dan sebahagian Lot 257.
Penjara Pulau Pinang yang menempatkan prospek reman dan sabitan dari Mahkamah Pulau Pinang dan Mahkamah Balik Pulau. Penjara ini merupakan Penjara yang bersejarah dan paling lama beroperasi di Malaysia sehingga kini. Oleh yang demikian, Pihak Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha membina Kompleks baru Penjara Pulau Pinang di tapak sedia ada bagi menjaga dan meningkatkan aspek keselamatan dan kebajikan kakitangan serta prospek Penjara Pulau Pinang.

Perkhidmatan yang diberikan adalah memastikan pelaksaan sistem kaedah jenayah dikuatkuasakan melibatkan pelaksaan hukum, kawalan keselamatan, pelaksaan program pemulihan dan program reintegrasi prospek ke dalam Masyarakat. Institusi ini turut memainkan peranan penting dalam pencegahan jenayah melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti seperti pameran, ceramah, dan program motivasi yang melibatkan institusi pendidikan, agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Semua perkhidmatan ini dilaksanakan selaras dengan tuntutan dan piawaian antarabangsa United Nation Standard Minimun Rules (UNSMR) , United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC) dan pendekatan Civilized Humane Culture Development Centre (CHCDC)