| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Taiping

Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-8072177 | Fax : 05-8077631 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Taiping terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan dipersimpangan Jalan Taming Sari, Jalan Kamunting Lama, Jalan Lumba Kuda dan Jalan Taman Tasik. Bangunan berhampiran yang boleh dilihat ialah Muzium Negeri Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Klian Pauh dan Hotel Seri Malaysia.

Penjara Taiping ditubuhkan pada tahun 1879, iaitu semasa pentadbiran Sir Hugh Low iaitu residen ketiga Perak dan merupakan kompleks penjara yang pertama, dan penjara moden tertua di Malaysia. Ia juga merupakan kompleks penjara terbesar pada masanya. Pada tahun 1879 - 1960, pentadbiran Penjara Taiping berada di bawah pengurusan pegawai Inggeris. Pada tahun 1881 warden Sikh dibawa masuk untuk membantu warden tempatan dan pelatih vokasional dibawa masuk dari Hong Kong bagi memperkenalkan industri berguna dalam penjara. Penjara Taiping telah dibina di atas tanah seluas 5.159 hektar dengan menggunakan tenaga buruh paksaan yang terdiri daripada tawanan perang atau banduan yang dibawa masuk dari India dan Afrika. Bahan-bahan binaannya pula diimport dari England melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. Tujuan Penjara Taiping dibina adalah untuk memenjarakan ahli kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Di samping itu juga bagi memenjarakan pembesar Melayu yang menentang penjajahan Inggeris dan penjenayah yang lain seperti perompak, pencuri, peragut, perogol, pembunuh, dan sebagainya.

Struktur fizikal awal terdiri daripada pagar kayu setinggi 9 kaki dan 5 buah bangunan yang diperbuat daripada separuh batu-bata yang bersambung di antara satu sama lain. Setiap bangunan dapat memuatkan 50 orang banduan sahaja. Semasa permulaan pembinaan Penjara Taiping dikenali sebagai Penjara Larut kemudian ditukar kepada Penjara Pusat Latihan Taiping. Pada 9 Januari 1992 melalui warta kerajaan (KDN.S 171/1355; PN. (PU) 163/11) Penjara Taiping telah diberi nama kekal sehingga hari ini.

Penjara Taiping terdiri daripada beberapa kategori hukuman dan tahanan seperti Banduan Akhir, Banduan Seumur Hidup, Banduan Sepanjang Hayat, Banduan Hukuman Lama, Banduan Hukuman Singkat, Tahanan Limpah Sultan, Tahanan Mahkamah Tinggi, Tahanan Mahkamah Sesyen, Tahanan Mahkamah Majistret, Tahanan SOSMA, Banduan Dagang dan Tahanan Imigresen.

Sepanjang tempoh menjalani hukuman banduan diberi Latihan Vokasional seperti Bengkel Pertukangan Kayu, Bengkel Kimpalan, Bengkel Pertukangan Rotan, Bengkel Jahit, Bengkel Seramik, Bengkel Dobi, dan Bengkel Percetakan. Disamping memberi Latihan Kemahiran Hidup yang boleh menjadi sumber rezeki bila dibebaskan nanti, Pendidikan Agama juga diajar sebagai cara untuk memulihkan akhlak, di mana aktiviti ceramah agama dan sembahyang berjemaah diamalkan di Institusi ini. Selain daripada Latihan Vokasional dan Pendidikan Agama kepada banduan-banduan juga (terutama yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah) diberi bimbingan kaunseling.

Pada tahun 2012 Penjara Taiping telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta 645 Warisan Kebangsaan 2005.

Pentadbiran Penjara Taiping diketuai oleh Pengarah Penjara berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara dengan jumlah perjawatan sebanyak 470 iaitu 430 perjawatan kakitangan beruniform dan 40 perjawatan kakitangan awam.

Maklumat Tambahan

Blok-Blok Penempatan Banduan / Tahanan
• Blok A
• Blok B
• Blok C
• Blok D
• Blok E
• Blok Reman A & Reman B
• Blok BAB
• Blok BAC
• Blok Dewan E
• Blok Rumah Sakit Dalam

.