Matomo

Pusat Koreksional Kamunting

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Koreksional Kamunting

Pusat Koreksional Kamunting, 34009 Taiping, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-883 7311, 05-883 7836 | Fax : 05-883 7010 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Pusat Koreksional Kamunting atau lebih dikenali sebagai KEMTA telah dibuka pada 1 November 1973 dengan keluasan 93.3 hektar.Institusi ini mula beroperasi pada 14 November 1973 bagi menempatkan orang-orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 (sek.8(1)) . Sepanjang tempoh beroperasi di bawah akta tersebut, seramai 2770 orang tahanan ISA pernah ditempatkan di sini dengan pelbagai kesalahan yang mengancam keselamatan negara seperti komunis, pengganas, pelampau agama, penyeludupan manusia, dokumen palsu dan sebagainya.


Pada 09 Mei 2014 Tempat Tahanan Perlindungan Taiping atau KEMTA telah ditukarkan nama kepada Pusat Koreksional Kamunting dan dirasmikan oleh Menteri dalam Negeri ,YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.


Pusat Koreksional Kamunting kini telah berubah fungsi dengan menempatkan prospek pelbagai kesalahan yang terdiri daripada kategori pra bebas, Orang di selia(ODS) radikal (SOSMA) dan warga emas. Dengan kawasan seluas 93.3 hektar, institusi ini telah dijadikan sebagai pusat pengurusan pemulihan berkonsepkan penjara agro dengan menghasilkan pelbagai produk berasaskan agro iaitu pertanian, penternakan ruminan dan akuakultur. Jalinan kerjasama dengan rakan strategik seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Vaterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Nenas dan pelbagai lagi agensi turut terlibat bagi memberi latihan kemahiran kepada prospek-prospek supaya mereka boleh berdikari setelah dibebaskan kelak.


Pada tahun 2020, Pusat Koreksional Kamunting juga turut dijadikan sebagai penempatan prospek kategori warga emas bagi seluruh zon utara. Dengan adanya penempatan prospek kategori wargs emas ini, institusi juga telah menubuhkan pengajian berkonsepkan pondok “Raudhatus Solihin” kepada prospek warga emas yang beragama islam pada 25 Julai 2025 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk menyediakan tenaga pengajar berasaskan pengajian kitab.

Menghasilkan produk berasaskan agro:
- Sayuran, nursery durian, nenas, bawang


Penternakan ruminan:
- Lembu, kambing, madu kelulut, silaj, napier


Akuakultur:
- Pembenihan ikan, penternakan ikan keli