| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Tapah

KM. 12, Jalan Tapah,35400 Tapah, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-4181818 | Fax : 05-4182897 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Tapah, Perak berkeluasan keseluruhan 81.75 hektar. Terletak di Lot 11233, Mukim Batang Padang dalam Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan. Kedudukannya 12 KM dari Pekan Tapah dan 67 KM dari Bandaraya Ipoh. Penjara Tapah dan bangunan-bangunan dalam kawasan sekitarnya dibina pada 1 Julai 2000 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun 2003 dengan nilai kontrak RM 191,379,850.11. Mula beroperasi pada 1 April 2004 melalui warta Kerajaan Persekutuan No. 4 Bil. 47.P.U( B ) 79 bertarikh 13 Disember 2003. Keluasan bagi kawasan binaan penjara adalah 21.88 hektar, 14.28 hektar merupakan kawasan rumah serta kemudahan berkaitan untuk kakitangan dan selebihnya 45.6 hektar merupakan kawasan pertanian dan ladang kelapa sawit. Penjara Tapah dilengkapi dengan kawalan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB), menggunakan teknologi elektronik dan sistem televisyen litar tertutup (Closed Circuit Television –CCTV).


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan MuhibbuddinShah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun telah berkenan mencemar duli merasmikan Penjara Tapah, Perak pada tanggal 17 Mei 2006 bersamaan 19 Rabiul Akhir 1427 Hijrah.


Penjara ini menempatkan banduan lelaki dan wanita bagi kategori reman (unconvicted) dan sabitan (convicted) dengan muatan kapasiti 2,300 orang banduan pada satu masa. Pada peringkat awal, banduan yang ditempatkan di sini adalah terdiri daripada banduan yang dipindahkan dari institusi penjara yang berhampiran khususnya penjara yang berada dalam negeri Perak. Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah banduan dibeberapa institusi penjara sejak kebelakangan ini serta perubahan dari segi dasar struktur beberapa institusi penjara terlibat telah membawa kepada kemasukan banduan daripada luar negeri Perak.


Penjara Tapah ditadbir oleh seorang Pengarah dalam kalangan pegawai kanan yang berpangkat Timbalan Komisioner Penjara (TKP) atau gred KA54. Antara pengarah atau Ketua Institusi yang pernah berkhidmat di penjara ini adalah:


Maklumat Lawatan Keluarga
Ahad hingga Khamis-8.00 pagi hingga 3.00 petang
Jumaat-Tutup
Sabtu-8.00 pagi hingga 12.00
Hari Perayaan-Mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM)

Penjara Tapah terbahagi kepada dua bahagian iaitu "Penjara Lelaki" dan "Penjara Wanita". Antara kategori banduan yang ditempatkan di penjara ini adalah seperti Banduan Akhir, Banduan Seumur Hidup, Banduan Hukuman Lama, Banduan Hukuman Singkat, Tahanan Mahkamah Tinggi, Tahanan Mahkamah Sesyen, Tahanan Mahkamah Majistret dan Tahanan Limpah Kurnia.


Sepanjang tempoh menjalani hukuman pemenjaraan, banduan diberi latihan kemahiran dalam bidang Pertukangan Kayu, Kimpalan, Pertukangan Rotan, Jahit, Dobi, Sulaman Tekat, Binaan Bangunan (CIDB), Pemasangan Komponen Elektrik, Pertanian, Pembuatan Kek dan Pastri dan lain-lain. Selain memberi Latihan Kemahiran yang boleh menjadi sumber pendapatan apabila dibebaskan, pendidikan agama dan kerohanian turut diterapkan sebagai usaha untuk memulihkan akhlak serta tingkah laku melalui program-program berbentuk kerohanian seperti ceramah-ceramah agama dan solat berjemaah untuk penghuni beragama Islam dan juga program keagamaan dan moral bagi banduan bukan beragama Islam di samping program-program lain seperti pendidikan dan kaunseling.