| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Sungai Buloh

Penjara Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel : 03-60384690 | Fax : 03-60384870/60384685 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Perancangan pembinaan Penjara Sungai Buloh bermula pada tahun 1992 setelah tapak penjara ini diwartakan pada 2 Julai 1992 iaitu di atas sebahagian Lot. 1450, Estet Perclairdon, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor dengan keluasan 126.6 ekar. Pembinaan penjara ini adalah bagi menggantikan Penjara Pudu yang telah ditutup secara rasminya pada 31 Oktober 1996 di atas faktor ketidaksesuaian lagi ianya beroperasi kerana pembangunan yang pesat di kawasan persekitaran serta tidak mampu untuk menanpung jumlah banduan yang semakin meningkat. Konsep pembinaan Penjara Sungai Buloh dilaksanakan secara penswastaan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (Urban Development Authority @ UDA) yang melibatkan kos berjumlah RM 172,000,000.00. Penjara ini mula beroperasi secara rasminya pada 1 November 1996.

Penjara Sungai Buloh merupakan institusi penjara pertama di Jabatan Penjara Malaysia yang dilengkapkan dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB). Kompleks Penjara Sungai Buloh mengandungi komponen Penjara Utama, Blok Pentadbiran, Blok Stor, Pejabat Kenderaan, Balai Pengawal, Perumahan Kakitangan, Dewan Serbaguna, Rumah Kelab, Surau Kakitangan dan kemudahan sukan serta rekreasi. Kapasiti Penjara Sungai Buloh ialah seramai 3,000 banduan yang terdiri dari banduan reman dan sabitan.