| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Penjara Kajang

Sungai Jelok, 43000 Kajang, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-87364620 | Fax : 03-87367449 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Kajang, Selangor yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pusat Selangor merupakan salah sebuah daripada 38 buah institusi penjara yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia. Ia terletak di kawasan Sungai Jelok, Kajang, lebih kurang 3 kilometer dari bandar Kajang.

Penjara Kajang mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah seluas 161.3 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1985. Pada permulaannya Penjara Kajang hanya menempatkan seramai 30 orang banduan yang dibawa setiap hari dari Penjara Pudu, Kuala Lumpur pada bulan Oktober 1980. Mereka ditempatkan di Bahagian Pra Bebas dan ditugaskan untuk kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan kawasan dan bangunan-bangunan penjara yang baru siap dibina.

Pembinaan Penjara Kajang telah menelan belanja lebih kurang RM 65 juta dan dipecahkan kepada 4 bahagian utama iaitu :

Bahagian Utama
Bahagian Rawatan dan pemulihan dadah
Bahagian Pra Bebas
Penjara Wanita

Bagi melicinkan lagi pentadbiran di Penjara Wanita, penjara tersebut telah dipisahkan daripada Penjara Kajang dengan diberi tanggungjawab mengurus pentadbiran sendiri pada tahun 1993. Penjara Pusat Selangor telah diwartakan secara rasminya sebagai Penjara Kajang pada 8 Mei 1997.

3 Bahagian Penjara Kajang dan fungsinya :

Bahagian Utama
Menahan pesalah-pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan kesalahan jenayah dan melanggar undang-undang imigresen.

Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah
Menahan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman kerana mengedar dan menyalahgunakan dadah serta kesalahan jenayah.

Bahagian Pra Bebas
Bangunan jenis dormitari yang menempatkan o/b yang bekerja di luar kawasan tembok penjara dan juga Banduan Dagang. O/b yang terpilih untuk tinggal di bahagian ini adalah terpilih dari kalangan o/b yang tarikh bebasnya tidak melebihi 9 bulan, warga negara Malaysia, tidak melakukan pelanggaran undang-undang/ peraturan dalam penjara, tiada kes mahkamah dan sebagainya.