Matomo

Penjara Seremban

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Seremban

Jalan Muthu Cumaru, 70990 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel :06-7652500-2501 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Kewujudan Penjara Seremban dipercayai pada tahun 1881 berdasarkan catatan sejarah perlantikan Ketua Polis Negeri Sembilan yang juga merangkap Penguasa Penjara Sungai Ujong iaitu W.W.Douglas. Namun, menurut laporan Lt.Col.R.S.F.Walker, Inspektor of Prison Federation Malay State pada 3 November 1917, Institusi Penjara telah wujud sejak tahun 1896 semasa campurtangan Inggeris ke atas Negeri Sembilan. Sejarah kewujudan penjara ialah berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kontigen Seremban, Negeri Sembilan dan sebuah lagi di Kendong yang terletak dalam daerah Rembau iaitu kira-kira 6 km dari Pekan Tampin. Tahun yang tepat bagi pembinaan tidak diketahui tetapi dalam ‘Government Gazatte’ dilaporkan pada tahun 1896 telah wujud Penjara (Gaole) Seremban. Bangunan Penjara yang berusia lebih dari 100 tahun ini telah dibuka semasa pemerintahan kerajaan British yang menakluki Semenanjung Tanah Melayu. Penjara ini juga telah digunakan oleh Pemerintahan Jepun semasa penaklukannya di Tanah Melayu dan penjara ini digunakan untuk menempatkan tahanan-tahanan jenayah dari Negeri Sembilan, Melaka dan daerah-daerah yang berhampiran dengan sempadannya. Pembinaan Penjara Khas Seremban yang ada sekarang dipercayai dibina pada tahun 1902 bagi menahan dan memulih pesalah mengenai kes-kes yang berkaitan dengan dadah. Keseluruhannya, Penjara Seremban mempunyai keluasan 10.951 hektar terletak dalam lot.No.14056 dan 3827 Mukim Bandar Seremban. Hak milik rizab penjara dan pendaftaran perwartaan N.M.B No.3768 bertarikh 6.8.1937. Keluasan bagi kawasan penjara ialah 2.8491 hektar manakala bagi kawasan perumahan pula ialah 8.056 hektar. Terkini, Penjara Seremban terdiri daripada banduan sabitan dari fasa 3 dan 4 dan  banduan reman daripada Mahkamah Kajang , Mahkamah bangi dan Mahkamah seluruh Negeri Sembilan .Penjara Seremban juga menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan Dobi Pakaian / Karpet, Bengkel Kayu,Bengkel Besi, Bengkel Jahi,t Bengkel Sofa dan Bengkel Kereta. Kapasiti untuk Penjara Seremban adalah sebanyak 900 orang banduan dengan muster terkini sebanyak  1210 + 03.

Perkhidmatan yang disediakan :
- Dobi
- Bengkel Kereta
- Cuci Kereta
- Bengkel Kayu
- Bengkel Jahit
- Bengkel Besi
- Bengkel Sofa