Matomo

Pusat Pemulihan Dadah Jelebu

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Pemulihan Dadah Jelebu

71600 Titi, Jelebu, NEGERI SEMBILAN
Tel : 06-6111224 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Institusi Pemulihan Dadah Jelebu merupakan salah satu institusi di bawah Jabatan Penjara Malaysia yang memberi fokus kepada pemulihan, rawatan, serta program intervensi bagi penghuni yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Institusi ini mengamalkan pendekatan holistik merangkumi elemen pendidikan, latihan kemahiran, kaunseling serta program kerohanian dengan objektif membolehkan penghuni kembali berfungsi sebagai individu yang produktif dalam masyarakat.

IPDJ kini melaksanakan pelbagai program pembangunan sahsiah, kemahiran vokasional seperti (pertanian, pertukangan, jahitan, perladangan, pembersihan dan penternakan) di samping program integrasi penghuni bersama agensi luar. Institusi juga memperkukuhkan usaha digitalisasi dan inovasi dalam pengurusan serta pemulihan penghuni.

1) Pemulihan dan Rehabilitasi
Kaunseling dan bimbingan – Sokongan psikologi, kaunseling individu atau berkumpulan.
Program agama – Kelas keagamaan, ceramah, tahfiz dan ibadah berjemaah.

2) Latihan Kemahiran & SLDN
Latihan vokasional – Seperti pertukangan, menjahit, perladangan, pertanian, dan penternakan.
Produk hasil banduan – Seperti perabot, pakaian seragam, hasil pertanian, dan kraftangan dijual kepada umum.

3) Perkhidmatan Kesihatan
Rawatan perubatan asas – Pemeriksaan kesihatan, rawatan penyakit biasa, dan rawatan kecemasan.

Khidmat kesihatan mental – Sokongan untuk banduan yang mengalami tekanan, kemurungan atau isu kesihatan mental lain.

4) Program Integrasi Semula
Persediaan sebelum pembebasan – Latihan dan bimbingan untuk menyesuaikan diri semula dalam masyarakat.

Kerjasama dengan NGO dan majikan – Menyediakan peluang pekerjaan selepas dibebaskan.