| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Penjara Sungai Udang

76300 Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, MELAKA
Tel : 06-3519600 | Fax : 06-3517791 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Sungai Udang, Melaka terletak di Lot PT 1582, Mukim Sungai Udang, Daerah Melaka Tengah, Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO). Dibina pada 19 September 2005 dan siap pada 4 Februari 2010 dengan nilai kontrak RM 305,000,000.00.Mula diserah kepada Jabatan Penjara Malaysia pada 19 Mei 2010 dan mula beroperasi pada 25.05.2010. Ianya telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan (KDN.PDP(S)03/171/1:PN (PU)163/IX) bertarikh 1 Mei 2010.

Berdasarkan brif projek yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia, cadangan Penjara Sungai Udang ini bertujuan untuk menggantikan Penjara Banda Hilir, Melaka dan menempatkan seramai 2000 orang banduan yang terdiri daripada 1700 orang banduan lelaki dan 300 orang banduan wanita.

Penjara Sungai Udang ini melibatkan kawasan tanah seluas 129.8 ekar yang terletak bersebelahan dengan Jalan Baru Sungai Udang-Ayer Keroh, Melaka (Lebuh SPA). Tapak ini dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Penjara Malaysia dan merupakan lokasi yang strategik di mana sediada adalah kawasan ladang kelapa sawit dan berada luar daripada lingkaran kawasan pusat petempatan utama penduduk.

Senarai Ketua Institusi Terdahulu Hingga Kini

PKP Nik Mohamad Faidza Bin Bik Jaafar - Dari 25 Mei 2010 Hingga 16 Mei 2011

TKP Datuk Nor Afifi Bin Sulong - Dari 16 Mei 2011 Hingga 18 Januari 2018

TKP Noor Aziz Bin Mohamad Noor - Dari 18 Januari 2018 Hingga 4 Januari 2021

TKP S.Gunasegaran A/L Shammugam - Dari 4 Januari 2021 Hingga Kini