Matomo

Pusat Koreksional Jasin

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Koreksional Jasin

Pusat Koreksional Jasin Melaka, Jln Jasin-Merlimau, Lipat Kajang, 77000 Jasin, MELAKA
Tel : 06-5294674 (Talian Am 1) | 06-5295035 (Talian Am 2) | Fax : 06-5295361 | Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

 Mula beroperasi pada Ogos 2013 dengan menempatkan beberapa orang pegawai yang bertugas untuk mengawal keselamatan bangunan.
 Mempunyai keluasan tapak lebih kurang 187 Ekar dan hanya 50 Ekar telah dimajukan yang melibatkan pembinaan kuarters perumahan pegawai dan blok penjara.
 Nama institusi ini pada asalnya adalah “Penjara Industri Jasin” sebelum digazetkan sebagai “Pusat Koreksional Jasin”.
 Bermula pada Julai 2014, institusi ini telah digazetkan sebagai “Sekolah Henry Gurney Jasin” buat sementara waktu kerana terdapat pembaikan blok penempatan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas dan institusi ini telah menerima lebih 200 orang penghuni.
 Pada bulan September 2018, institusi ini memindahkan semula semua penghuni yang berada di Sekolah Henry Gurney Jasin ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas kerana pembaikan blok penempatan telah selesai

Pada 31 Oktober 2018, institusi ini telah menerima kemasukan lebih 150 Orang DiSelia (ODS) untuk melaksanakan Program Reintegrasi Penghuni Penjara (PRPP) kapasiti muster 420 ODS. PRPP sebagai persediaan awal untuk mengintegrasikan dan menyesuaikan semula banduan ke dalam komuniti sebelum dibebaskan.
 Melaksanakan program Agro, Tanaman Nanas 25.5 ekar, dusun buah 14.9 ekar, tanaman sayur daun dan sayur buah 23.2 ekar. Selain itu institusi ini melaksanakan pengoperasian Bengkel Jahit, Bengkel Dobi, Dapur dan Perkhidmatan Mencuci Kenderaan.
 Menjalankan Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI) di Syarikat Recron (M) Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Tangga Batu, Melaka dan memberi peluang pekerjaan kepada 40 ODSI untuk bekerja di luar.

Antara pengeluaran dan tanaman Nanas terbesar di Negeri Melaka hasil kerjasama dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
 Menjual hasil pertanian kepada masyarakat setempat ekspo pertanian seperti MAEPS dan lain lain
 Program Outreach di Sekolah, Masjid, Balai Polis, agensi kerajaan dan swasta dengan penglibatan ODS.
 Perkhidmatan Mencuci Kenderaan, Menjahit pakaian dan cucian pakaian.