Matomo

Penjara Penor

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Penor

KM. 18, Jalan Kuantan-Pekan, 25150 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR
No Tel :09 - 5121044 / 09 - 5121099 | No Faks : 09 - 5311169
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Penor terletak di Mukim Penor, Kuantan, Pahang. Terletak kira-kira 10–15 kilometer dari pusat bandar Kuantan yang berkeluasan 200 ekar. Pada awal penubuhannya, Institusi ini dirancang sebagai Sekolah Henry Gurney Kuantan pada 1982. Namun, ditukar ke penjara disebabkan kesesakan dan penghuni yang rendah. Akhirnya, secara rasmi Institusi diwartakan sebagai Penjara Terbuka Penor pada 30 Julai 1990.

Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor dijalankan sebagai salah satu projek di bawah Jabatan Penjara Malaysia bagi memberi latihan kemahiran kepada penghuni penjara. Tujuan Program ini bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada banduan melalui latihan kemahiran bernilai tinggi, selain membantu mereka menjana pendapatan selepas pembebasan. Ia juga memperkukuh nilai disiplin, kesabaran dan ketelitian dalam diri penghuni. Program ini berjaya membangunkan kemahiran baharu, menanam nilai kerja beretika, dan membantu pemulihan moral banduan. Dari sudut ekonomi, ia menyumbang kepada penjanaan pendapatan institusi penjara serta memperkukuh imej Penjara Penor sebagai pusat latihan produktif. Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor bukan sahaja mengekalkan warisan budaya Melayu, malah menjadi simbol transformasi dan peluang kedua bagi banduan. Ia menunjukkan bahawa penjara bukan sekadar tempat hukuman, tetapi juga institusi pemulihan yang melahirkan insan berketerampilan dan produktif.

Selain daripada mengadakan sesi perjumpaan antara banduan dan keluarga, Penjara Penor turut menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penghasilan kain tenun, perkhidmatan dobi, pembuatan sabun, kerja besi, pertukangan kayu, jahitan, serta penanaman sayur-sayuran.