
Mukim 21600 Kampung Kuala Tengah, 21600 Marang, Terengganu
Tel : 09-8320200/01 | Fax : 09-8321269 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
• Penjara Marang terletak di Mukim Pulau Kerengga, Daerah Marang, Terengganu.
• Ia dibuka secara rasmi pada 17 April 1987 oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad.
• Kawasan keseluruhan penjara adalah seluas kira-kira 78.18 hektar, di mana 28 hektar diperuntukkan untuk pembangunan, 32 hektar untuk projek pertanian, dan 18.18 untuk kawasan rekreasi.
Maklumat terkini Mengenai Institusi Penjara Penjara Marang bukan sahaja berperanan sebagai institusi pemulihan, malah turut menempatkan Kompleks Songket yang menjadi pusat penghasilan tenunan songket berkualiti tinggi sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Selain itu, penjara ini juga mempunyai Pusat Tahfiz Al-Firdaus yang memfokuskan kepada aspek kerohanian dan penghayatan Al-Quran, selaras dengan matlamat membentuk sahsiah prospek agar kembali ke masyarakat sebagai insan yang lebih baik dan berakhlak mulia.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Institusi Penjara “Institusi Penjara Marang bukan sekadar melaksanakan fungsi penguatkuasaan dan keselamatan, malah memberi tumpuan kepada pemulihan, pendidikan, kerohanian, kesihatan, latihan vokasional serta program reintegrasi, bagi memastikan prospek kembali ke masyarakat sebagai insan yang berdaya guna dan berakhlak mulia.”









