Matomo

Penjara Pengkalan Chepa

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Pengkalan Chepa

Penjara Pengkalan Chepa, Jalan Maktab, 16109 Kota Bharu, Kelantan.
No Telefon : 09-7715500 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Penjara Pengkalan Chepa pada asalnya dikenali sebagai Penjara Kelantan. Lokasinya terletak di Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, Kelantan. Mula beroperasi pada 17 Ogos 1950. Saiz kawasan keseluruhannya adalah 26.46 hektar dengan kira-kira 10.2 hektar digunakan sebagai fasiliti penjara, manakala selebihnya 16.25 hektar adalah kawasan perumahan dan padang permainan. Penjara Pengkalan Chepa merupakan Penjara Terbuka pertama di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Konsep Penjara Terbuka ini diambil daripada Sistem Witzwill di Bern, Swizerland.

Penjara Pengkalan Chepa dikategorikan sebagai Penjara Medium yang menempatkan Banduan Reman, Banduan Wanita dan Banduan Fasa 3 (Bengkel Vokasional dan Industri). Kapasiti asal banduan adalah 1,750 orang namun begitu kapasiti terkini menempatkan sekitar 2,900 orang iaitu hampir dua kali ganda kapasiti asal. Peratus penghuni yang melibatkan kes dadah ialah 65% daripada keseluruhan penghuni.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Institusi Penjara
1. Latihan Kemahiran dan Vokasional
- Banduan diberi latihan dalam pembuatan songket, batik, jahit, dobi, kimpalan, kayu, pastry, kuih-muih dan kemahiran spa/salon.
- Terdapat premis spa dan salon di dalam penjara yang dikendalikan oleh banduan wanita.
- Latihan kemahiran yang dibayar melalui program seperti Corporate Smart Internship (CSI), melibatkan pertanian, ternakan, pembuatan dan kemahiran lain.
2. Parol dan Pembebasan Berlesen/PBSL (Pelepasan Banduan Secara Lesen)
- Penjara ini terlibat dalam PBSL, di mana banduan boleh dibebaskan secara berlesen, terutama sempena hari raya/ perayaan tertentu.
- Aktiviti ini membantu mengurangkan beban dan kesesakan di dalam penjara.

Fasa-Fasa Pemulihan
Fasa Orientasi dan Pembentukan Disiplin
- Tempoh awal selepas masuk penjara.
- Banduan diberi taklimat tentang peraturan, rutin harian, serta menjalani pemeriksaan kesihatan & penilaian psikososial.
Objektif: membantu banduan menyesuaikan diri dengan kehidupan penjara.

Fasa Sahsiah
- Banduan dipupuk dengan nilai disiplin, akhlak dan tanggungjawab.
- Banduan terlibat dengan aktiviti keagamaan, kaunseling, dan program motivasi.
Objektif: membentuk jati diri positif sebelum melangkah ke latihan kemahiran.


Fasa Latihan Kemahiran & Pendidikan
- Banduan diberi peluang mengikut program TVET (Technical & Vocational Education Training) atau pendidikan akademik.
- Antara latihan yang disediakan: pertukangan kayu, kimpalan, jahitan, dobi, batik, songket, pastri, spa dan salon.


Perkhidmatan Klinik Penjara


Kesihatan Asas
- Pemeriksaan fizikal asas untuk banduan baru masuk: suhu, tekanan darah, demam, penyakit kronik (seperti darah tinggi, kencing manis) dan sejarah perubatan.
- Rawatan penyakit biasa dan kecemasan.
Sediakan ubat‐ubat umum, merawat luka ringan, jangkitan, sakit ringan. Jika kecemasan besar, mungkin dirujuk ke hospital luar.


Perkhidmatan Pergigian.
- Perkhidmatan terdiri daripada Rawatan Asas Pergigian, Pemeriksaan Berkala serta Pendidikan Kesihatan Gigi dan Gusi.

Kesihatan Mental / Psikiatri.
- Kaunseling asas, pemeriksaan psikologi, bantuan untuk banduan yang mempunyai masalah mental. Kadang-kala lawatan oleh pakar psikiatri luar atau kerjasama dengan hospital.

Perkhidmatan Farmasi.
- Memberi ubat preskripsi yang diperlukan berdasarkan diagnosis.

Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat
- Pengurusan Kebajikan Banduan


Memastikan kebajikan asas penghuni (makanan, pakaian, kebersihan, kesihatan sosial).
- Mengenal pasti banduan yang mempunyai masalah sosial, keluarga atau ekonomi.
- Membantu menghubungkan banduan dengan keluarga (contoh: lawatan, program Jalinan Kasih).
- Kaunseling & Pemulihan Sosial


Memberi bimbingan dan sesi kaunseling individu/kelompok.
- Membantu banduan mengatasi masalah psikososial (stress, stigma, isu keluarga).
- Menjalankan program motivasi dan kerohanian.
- Pengurusan Kes & Rujukan


Menilai kes banduan dari sudut kebajikan (terutama banduan wanita, ibu tunggal, remaja).
- Merujuk kes kepada agensi luar seperti JKM negeri, NGO, rumah perlindungan, hospital, pusat pemulihan dadah.
- Menyediakan laporan kebajikan untuk mahkamah/parol jika perlu.
- Sokongan kepada Keluarga Banduan


Memberi khidmat nasihat kepada ahli keluarga yang memerlukan bantuan.
- Membantu keluarga memohon skim bantuan kebajikan (contoh: Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Am, zakat).

Perkhidmatan di Galeri (Pusat Perusahaan dan Jualan)
- Penjara menyediakan peluang untuk hasil pengeluaran seperti produk batik, songket, pastri, produk sejuk beku dan lain-lain yang dihasilkan oleh penghuni.
- Tempahan spa/ salon oleh orang awam melalui media social/ Facebook Galeri Penjara.