| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Penjara Puncak Borneo

Penjara Puncak Borneo KM 23, Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching, Sarawak
Tel: 082-614066 | Fax: 082-614015 | Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Penjara Puncak Borneo mempunyai keluasan keseluruhan 43.91 hektar. Terletak di Lot 543, Blok 4, Daerah Tanah Sentah Segu, Padawan, 25 km dari Bandaraya Kuching, ia telah mula dibina pada tahun 1997. Penjara ini telah beroperasi dan diwartakan sebagai penjara berkuatkuasa pada 27 November 2008 melalui surat [KKDN.S.171/1355 Klt. 7;PN(PU2)163/VIII] bertarikh 7 November 2008. Penjara ini telah dilengkapi dengan Anti-Climb Fence dan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) yang melibatkan kawalan CCTV. Penjara Puncak Borneo juga merupakan institusi yang melaksanakan program pendidikan iaitu Sekolah Integriti bagi Zon Sarawak yang mula beroperasi pada 9 Februari 2009. Penjara Puncak Borneo ditadbirkan oleh seorang Pengarah Penjara berpangkat Penolong Komisioner Penjara Gred KX48.

Penjara Puncak Borneo menempatkan banduan-banduan “Reman dan Sabitan” lelaki dan wanita dengan kapasiti 550 orang banduan.

Kompleks Penjara Puncak Borneo juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan untuk pelbagai pangkat. Selain itu kemudahan-kemudahan seperti Masjid kakitangan dan Tabika KEMAS juga disediakan.