Matomo

Penjara Pusat Miri

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Pusat Miri

Penjara Pusat Miri, Kampung Tunku Abdul Rahman,Lambir, 98000 Miri Sarawak
Tel : 085611057 / 085614590 / 085615034 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara Pusat Miri dibuka pada 08 Disember 1962 di Jalan Brighton, Miri untuk menempatkan seramai 62 orang pesalah yang mencetuskan pemberontakan di Bekenu, Miri pada tarikh tersebut. Ia telah diwartakan sebagai sebuah penjara pada 26 April 1962 dalam volume XVIII N0. 24 No. S66. Pada permulaan penubuhannya, Pegawai Daerah Miri telah bertindak sebagai Timbalan Penguasa Penjara dan Pegawai Yang Menjaga ialah Ketua Pegawai Penjara (KPP) Sumarja. Jumlah pegawai pada masa itu seramai 12 orang.Penjara Pusat Miri terletak di Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir dengan keluasan tanah 20.05 ekar dan jarak dari bandar ialah 14 kilometer. Penjara ini telah diwartakan pada 14.02.1980 di dalam Warta Kerajaan SWK.LN(F) dan SWK.L.N(F) 10 (SGG Part II Volume XXXV)

Penjara Pusat Miri ialah penjara terbuka yang mempunyai beberapa ciri umum iaitu:
 tidak dilingkungi oleh tembok konkrit tetapi hanya dilingkungi oleh pagar zink dan chainlink yang terpasang barbed wire di atasnya.
 Menempatkan banduan dan tahanan dari Bahagian Miri, Marudi, Lawas,Bintulu dan Limbang.
 Dilengkapi dengan sistem keselamatan elektronik dan diklasifikasikan dalam kategori penjara Medium

Berikut adalah senarai nama Ketua Institusi yang pernah mentadbir di Penjara Pusat Miri, iaitu :
 Cyril Perera (01.01.1978 - 27.04.1982)
 S.Navaratnam (28.04.1982 - 11.01.1989)
 Peter Ahed anak Lajan (13.01.1989 - 31.01.1992)
 Wan Abdul Rahman bin Abdullah (01.02.1992 - 15.06.1993)
 Jews Sinau (16.06.1993 - 24.03.1995)
 Nor Afifi bin Sulong (25.03.1995 - 28.02.1999)
 Mohd Sabri bin Yaacob (01.03.1995 - 15.09.2003)
 Wan Umar bin Wan Abdullah (16.09.2003 - 10.12.2007)
 Bismillah bin Masra (11.12.2007 - 16.04.2010)
 Kamarul Alam bin Taib (17.04.2010 - 03.09.2015)
 Mohd Yunus bin Mohd Salleh (21.09.2015 - 24.01.2020)
 Achon anak Tadeng (03.02.2020 - 12.01.2024)
 Mohd Saifullah bin Md Akhir (22.03.2024 - Kini)

Penjara Pusat Miri ditadbir oleh Ketua Institusi berpangkat Pengarah Penjara Gred KA 12. Institusi ini mempunyai 160 kakitangan iaitu 138 pegawai beruniform dan 19 pegawai awam . Institusi ini menempatkan banduan terdiri dari kategori banduan seumur hidup, hukuman lama, banduan tahanan limpah TYT, hukuman singkat dan orang tahanan mahkamah (banduan reman) . Muatan bagi penjara ini ialah seramai 300 orang banduan lelaki dan 150 orang banduanita.Jumlah kapasiti di dalam Penjara Pusat Miri adalah seramai 450 orang tahanan.

Berikut adalah senarai ringkas program pemulihan bersama prospek sepanjang tahun 2025 :
 Program Outreach Korektif Daripada Kesilapan Ke Kejayaan : Perjalanan Pemulihan Buka Ruang Sokongan Kepada Penghuni Penjara pada 11 September 2025.
 Program Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani ( Kepulangan Yang Dinanti ) Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025 pada 28 Ogos 2025.
 Majlis Festival Kesenian Islam Perujian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Serta Pertandingan Da’ie,Nasyid dan Marhaban Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia pada 15 Julai - 17 Julai 2025.9.24.
 Majlis Berbuka Puasa Prospek bersama Pengarah Sempena Sambutan Nuzul Quran 1446 H pada 17 Mac 2025.
 Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Hari Krismas Peringkat Penjara Pusat Miri pada 15 Januari 2025.
 Klinik Guaman kepada Prospek di Penjara Pusat Miri daripada Jabatan Bantuan Guaman pada 15 Januari 2025.
 Bengkel Ketukangan Kayu
 Bengkel Jahit
 Bengkel Kimpalan
 Bengkel Dobi
 Bengkel Simenfero
 Bengkel Pastri
 Kebun