
Peti Surat 11020, 88811 Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088 236777 / 088 236444 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Penjara Pusat Kota Kinabalu pada mulanya terletak di Batu 3 Jesselton iaitu di bawah pemerintahan Kolonial British dan di bawah pentadbiran polis.
Pada tahun 1953, ia telah dipindahkan ke kawasan Kepayan yang berkeluasan tapak seluas 7.14 ekar.
Sekitar tahun 1963, pentadbiran penjara Sabah telah diserahkan kepada warga Malaysia yang pertama iaitu tuan G.S David selaku Pesurujaya Penjara Sabah. Pada awal pembinaannya, penjara ini hanya menempatkan 250 orang pesalah sahaja.
Walau bagaimanapun, semasa pembukaan, ianya telah menempatkan seramai 300 pesalah dengan kekuatan anggota seramai 30 orang. Kini bilangan muster Penjara Pusat Kota Kinabalu mencecah bilangan 2,800 orang penghuni.
Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) termasuk CCTV, pagar keselamatan dan memeriksaan masuk di pintu utama menggunakan sistem imbasan badan (BODY SCANNER) telah dikuatkuasakan sepenuhnya di Penjara Pusat Kota Kinabalu
a. Klinik dan Perkhidmatan Kesihatan
Disediakan pegawai perubatan klinik dan pegawai perubatan pergigian dalam kawasan penjara untuk keperluan kesihatan penghuni.
b. Vokasional dan Industri
Memberi latihan kemahiran kepada prospek seperti membuat kerusi taman, pasu bunga, jala ikan, pakaian seragam, kabinet rak kasut, meja makan, kraftangan, pertanian dan lain-lain kemahiran.
c. Unit Perjumpaan/Lawatan Keluarga
Terdapat ruang perjumpaan antara prospek dan ahli keluarga
d. Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan sesi kaunseling individu dan kelompok disediakan kepada prospek dengan menempatkan seorang pegawai psikologi dan pembantu pegawai psikologi
e. Pegawai Kebajikan
Khidmat kebajikan disediakan kepada prospek dalam apa-apa urusan berkaitan dengan kebajikan.









