
Peti Surat 11020, 88811 Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-319004/088-219471 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu terletak di Zon Kepayan kira-kira 3KM dari pusat bandar. Ia dibina pada tahun 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.
Pada asalnya setelah penghuni lelaki Sekolah Henry GUrney, Kota Kinabalu dipusatkan penempatan ke Sekolah Henry Gurney Keningau Sabah pada 1 Julai 2003, institusi ini telah berpindah lokasi ke Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu. Sekolah Henry Gurney Perempuan Asal juga diambilalih oleh Pentadbiran Insitusi Penjara Wanita memalui pewartaan KDN.S.171/1335, Klt 4 Pn(Pu2)163.
Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu pernah berpindah ke Sekolah Henry Gurney Keningau dibawah pentadbiran PYM Sekolah Henry Gurney Keningau. Namun oada tarikh 11 Ogos 2023, Sekolah Henry Gurney Wanita sekali lagi dipindahkan semula dibawah pentadbiran Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu.
Bertitik tolak dengan itu, institusi in mempunyai dua blok penempatan iaitu blok penempatan Penjara Wanita Kota Kinabalu yang memuatkan kapasiti 350 orang banduan dan blok penempatan Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu pula memuatkan seramai 50 orang Juvana.
Kapasiti muatan keseluruhannya sebanyak 400 orang penghuni.
Pemulian & Pendidikan
Pemulihan adalah usaha yang dilakukan kepada prospek penjara untuk mengubah sikap, pemikiran dan tingkah laku supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan dan seterusnya dapat kembali secara positif kepada masyarakat.
Khidmat Kebajikan
Kebajikan merupakan usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh institusi untuk memastikan semua prospek mendapat hak asasi, penjagaan yang wajar dan peluang pemulihan agar mereka boleh kembali menjadi anggota masyarakat yang berguna.
Antara khidmat kebajikan yang diberikan kepada prospek penjara termasuklah :-
- Kebajikan Fizikal dan Kesihatan
- Kebajikan Psikologi dan Emosi
- Kebajikan Pendidikan dan Latihan Kemahiran
- Kebajikan Sosial dan Pemulihan
- Kebajikan Undang-Undang dan Hak Asasi









