Peti Surat 1469, 90716 Sandakan, SABAH
Tel : 089-663027/089-665860 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Terletak di Jalan Sibugam Batu 5 Sandakan. Telah siap dibina pada tahun 1978. Sebelum terbinanya Penjara Sandakan, telah wujud Penjara Sim Sim yang terletak di Jalan Buli Sim Sim Sandakan. Penjara ini telah beroperasi sejak 1950-an.
Penjara Sim Sim ketika itu ditadbir oleh Penguasa Polis. Penjara Sim Sim telah menamatkan operasinya pada tahun 1981. Pada tahun 1981, semua banduan Penjara Sim Sim ketika itu telah dipindahkan ke Penjara Sandakan. Penjara Sim Sim telah dirobohkan pada tahun 1984 kerana memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya.