
KM 30, Jalan Johor Bahru-Pontian, Kangkar Pulai, 81300 Skudai, Johor
Tel. : 07-5272400 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Penjara Pusat Koreksional Johor Bahru dahulunya dikenali dengan nama Pusat Reman Johor Bahru. Pusat Koreksional Johor Bahru mulai dibina pada 16 April 2009 dan mula beroperasi pada 24 Julai 2016. Pusat Koreksional Johor Bahru mempunyai keluasan 50.4 ekar, terletak di Lot 94 & 490-497 Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru dan telah diwartakan (KDN.PDP(S) : 03/171/1 Jld 3 : PN(PU²)163/XII) pada tarikh 10 Julai 2012 di bawah pentadbiran yang diketuai oleh Pengarah Penjara berpangkat Penolong Komisioner Penjara KA48.
Pusat Koreksional Johor Bahru adalah pusat penempatan tahanan yang terdiri daripada beberapa kategori seperti Banduan Hukuman Lama, Tahanan Mahkamah Tinggi, Tahanan Mahkamah Sesyen, Tahanan Mahkamah Majistret dan Tahanan Imigresen.
Pusat Koreksional Johor Bahru menyediakan pelbagai kemudahan di Tempat Jumpa bagi memastikan keselesaan pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah ruang menunggu yang kondusif lengkap dengan capaian WiFi dan kemudahan pengecasan telefon bimbit, ruang perbincangan antara keluarga dan peguam, bilik menyusu, ruang rehat kanak-kanak serta kemudahan mesra OKU.
Urusan pembayaran di Tempat Jumpa turut dipermudahkan dengan penerimaan pelbagai kaedah, sama ada secara dalam talian, kad debit mahupun kad kredit. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati suasana santai di SAFH Café, sebuah kafe berkonsepkan modenisasi dan selesa. SAFH Café & Tempat Jumpa juga mempunyai talian Wifi yang berkelajuan tinggi.
Di samping itu, pihak institusi turut melaksanakan Program Outreach atau khidmat masyarakat dengan memenuhi jemputan daripada agensi luar, antaranya melalui penganjuran ceramah motivasi serta pameran berkaitan penjara.









