| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak

KM 23, Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching, SARAWAK
Tel : 082-614005/ 616334 / 616332 | Faks : 082-613411 / 617306 Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak terletak di dalam Kompleks Penjara Puncak Borneo dan mula beroperasi di premis baru ini pada 1 Julai 2008. Sebelum berpindah ke premis baru ini, Ibu Pejabat Penjara Sarawak terletak di Km 10, Jalan Penrissen, Kuching. Ia ditadbir oleh seorang Pengarah Penjara yang bertanggungjawab terhadap semua institusi penjara di Negeri Sarawak iaitu Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang dan Pusat Latihan Pegawai Penjara Wilayah Sarawak.

Struktur organisasi pentadbiran Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian yang diketuai oleh seorang Ketua Bahagian iaitu Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Bahagian Pengurusan Banduan, Bahagian Operasi, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, dan Bahagian Kewangan dengan perjawatan yang diluluskan berjumlah 44 perjawatan iaitu 26 perjawatan berpakaian seragam dan 18 perjawatan awam. Selain kemudahan untuk pentadbiran, pejabat ini juga dilengkapkan dengan sebuah auditorium yang mampu memuatkan seramai 175 orang.