Matomo

Penjara Lahad Datu

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjara Lahad Datu

Batu 11, Jalan Sandakan, 91100 Lahad Datu, Sabah.
Tel : 089-868350 | 089-868354 | 089-868748 | 089-868161 (Pejabat Pendaftar)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Penjara Lahad Datu adalah penjara baharu di Jabatan Penjara Malaysia yang terletak di Lot 113051700, 113044858 dan 113024481 DUN N.61 Segama, Daerah Lahad Datu, Sabah. Kedudukan terletak di KM17 daripada pekan Lahad Datu. Berkeluasan lebih kurang 38.59 ekar keseluruhan dan kawasan yang telah dimajukan lebih kurang 31.00 ekar meliputi Bangunan Pentadbiran, Blok Banduan dan Kuarters Kakitangan. Mula dibina pada pada tahun 2017 dan siap sepenuhnya pada tahun 2023 dengan kos sebanyak RM176 juta.

Penyerahan projek siap Penjara Lahad Datu daripada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri kepada Jabatan Penjara Malaysia pada 29 Ogos 2023. Penjara Lahad Datu diwartakan sebagai Penjara Lahad Datu, Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Pusat Pemulihan Khas pada 01 Oktober 2023 melalui warta kerajaan
[KDN.PDR.S.800-5/1/1 Jld.6(20);PN(PU2)163/Jld.23].

Pada peringkat awal pengoperasian, Penjara Lahad Datu telah menerima perpindahan pertama prospek daripada Penjara Tawau iaitu seramai 88 orang prospek pada 03 Oktober 2023. Kapasiti maksimum 1500 prospek termasuklah tahanan, reman dan sabitan lelaki dalam satu-satu masa. Perjawatan keseluruhan 420 kakitangan (381 uniform, 39 awam).

Penjara Lahad Datu dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) dan juga Body Scanner. Penjara Lahad Datu telah dirasmikan pada 10 September 2024 oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Penjara Lahad Datu ditadbir oleh seorang Pengarah yang berpangkat Penolong Kanan Komisioner (PKK) gred KA13. Pengarah pertama adalah PKK Nazarman bin Haidzir yang bertugas dari awal pengoperasian Penjara Lahad Datu sehingga 13 September 2024.


Penjara Lahad Datu telah menempatkan seramai 1468 prospek yang terdiri daripada Banduan Seumur Hidup, Banduan Hukuman Lama, Banduan Hukuman Singkat, Tahanan Mahkamah Tinggi, Tahanan Mahkamah Sesyen, Tahanan Mahkamah Majistret, Tahanan LLPK dan Banduan Dagang. Pengisian perjawatan setakat ini adalah seramai 336 kakitangan (314 uniform, 22 awam). Projek pembinaan kuarters fasa 2 telah diluluskan dengan kos RM50 juta.


• Lawatan Keluarga Prospek
• Hal Ehwal Agama
• Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling Pegawai dan Prospek
• Perkhidmatan Kebajikan Prospek dan Keluarga Prospek
• Perkhidmatan Perubatan Prospek
• Bengkel Jahit
• Bengkel Pastri
• Bengkel Dobi
• Bengkel Pertanian