
Pusat Pemulihan Akhlak Machang Kelantan, Jabatan Penjara Malaysia, Lebuhraya Machang - Tanah Merah, 18500 Machang, Kelantan
No Telefon : 09-9762800 | E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Pusat Pemulihan Akhlak Machang yang dibina di atas Lot 3019 di Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret, Machang, Kelantan telah diwartakan pada 2007. Dan beroperasi dan ditadbir oleh seorang Pengarah berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara pada 2008.
Dirasmikan pada 3 Oktober 2012 yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan.
Institusi ini diwartakan dibawah P.U.(B) 440. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) Menteri mengarahkan supaya kawasan yang diperihalkan menjadi Tempat Tahanan yang dinamakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan sebagaimana warta (KKDN 171/1355 Klt.6(39; PN(PU2)437) dan (KKDN 171/135 Klt.6(39); PN(PU2)11/VI)
Diwartakan dibawah P.U.(B) 350. Akta Penjara 1995 : Akta Pencegahan Keganasan 2015 Menteri mengistiharkan kawasan yang diperihalkan sebagai Tempat Tahanan Khas, Machang, Kelantan sebagaimana warta (KDN PDP(S):03/171/1 Jld.5;PN (PU2)163/XV)
Diwartakan dibawah P.U.(B) 222. Akta Penjara 1995 : Perisytiharan di bawah Seksyen 3 Menteri mengistiharkan kawasan yang diperihalkan sebagai Pusat Koreksional Machang, Kelantan sebagaimana warta (KDN PDP(S):03/171/1 Jld.3;PN (PU2)163/XII)
Kapasiti Penghuni : 1560 Penghuni/Prospek
Jumlah terkini Penghuni : 2823 Penghuni/Prospek
Institusi ini mempunyai:
Senarai Kakitangan Uniform : 347 Orang
Senarai Kakitangan Awam : 35 Orang
Keseluruhan : 382 Orang
I. Banduan Sabitan Lelaki
II. Pusat Latihan Berpusat
III. Program Pembangunan Insan
IV. Kerja Bengkel
V. Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan









