Matomo

Muzium Penjara Malaysia

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Muzium Penjara Malaysia

  

Jalan Parameswara, 75000, Bandar Hilir Melaka
No Telefon : 06-281 3548 | E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Bangunan Asal Penjara Bandar Hilir (H.M Jail) dibina pada tahun 1860 oleh Colonel Cavenagh Gavenor.

Pada tahun 1964 hingga 11 Jun 1990, Institusi ini telah ditukar menjadi Sekolah Henry Gurney Ke 2, Ditadbir secara “Borstal Institutions”

Pada 27 Januari 2010 mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dijadikan sebagai Muzium.

Muzium Penjara Malaysia Melaka dirasmikan pada 20 November 2014 oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

Muzium Penjara Malaysia kini giat melaksanakan pelbagai program berkenaan Pendidikan dan Kesedaran akibat keterlibatan dalam jenayah di Malaysia melalui pameran dan program di Muzium Penjara Malaysia. Sejak 2014, seramai 600 ribu orang pelawat dari dalam dan luar negara telah mengunjungi Muzium Penjara Malaysia dan semakin meningkat pada masa mendatang.

Muzium Penjara Malaysia menyediakan program Story Teller kepada kumpulan pelawat yang membuat tempahan harian. Perkhidmatan ini memperincikan penerangan setiap seksyen pameran kepada pelawat antara yang menarik seperti Pameran Artikel Larangan, Pameran Gantung, Pameran Sebat Rotan. Selain itu, simulasi sebat rotan dijadualkan setiap hari pada waktu pagi dan petang untuk tatapan pelawat yang hadir.

Muzium Penjara Malaysia juga sebagai lokasi pengumpulan koleksi artifak Jabatan Penjara Malaysia untuk tatapan pelawat serta pelbagai informasi sebagai rujukan ilmiah.
Jalan Parameswara, 75000, Bandar Hilir Melaka.