| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sekolah Henry Gurney

Sekolah Henry Gurney Telok Mas

75990 Telok Mas, MELAKA
Tel : 06-2619284 | Fax : 06-2619261 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Sekolah ini digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1949.Institusi yang ditubuhkan bagi kanak-kanak lelaki ini telah mengalami 3 kali perubahan dari segi namanya.Ianya bermula dengan nama Sekolah Akhlak Tertinggi pada tahun 1949 kepada Sekolah Latihan Pemuda pada tahun 1950, dan berubah untuk kali ketiganya menjadi Henry Gurney School pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Gurney.

Setiap penghuni akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar iaitu bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain.

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik. Apa yang ketara, purata penghuni-penghuni yang berada di sini kurang meminati bidang akademik berbanding dari vokasional.

Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu

Peti Surat 11020, 88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-456244 / 088-319472 | Fax : 088-319471 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Maklumat Ringkas

Pada 1 Julai 2003, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berpindah ke lokasi Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, sekaligus mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut melalui pewartaan KDN.S.171/1355, Klt. 4; PN(PU2) 163/VI. Penghuni lelaki Sekolah Henry Gurney telah ditempatkan ke Keningau manakala penghuni wanita dikekalkan dan telah diletakkan di bawah pengurusan Penjara Wanita.

Aktiviti latihan vokasional untuk banduan meliputi bidang kemahiran seperti salun kecantikan, jahitan dobi, mendjanting batik dan katering. Orang awam adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam bidang yang dinyatakan dan boleh berhubung dengan Pegawai Perusahaan pada waktu pejabat.

Sekolah Henry Gurney II Keningau

Jabatan Penjara Malaysia, 89000 Keningau, SABAH
Tel : 088-218400 | Fax : 088-252938 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Sekolah Henry Gurney (SHG) II, Keningau merupakan sebuah institusi dalam Jabatan Penjara Malaysia yang ditubuhkan untuk mengurung/menahan penghuni/pesalah yang berusia 14 hingga 21 tahun yang ditahan di bawah erintah Mahkamah Juvana. Sekolah Henry Gurney II ini meliputi kawasan seluas 89.51 ekar. Sebelum tahun 1991, SHG merupakan Penjara Terbuka yang mengurung banduan-banduan yang dipindahkan daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu (PTK) yang mana telah menjalani  daripada hukuman. Penjara Terbuka Keningau (PTK) ini telah dibuka pada tahun 1966 yang terletak di KM3, Jalan Nabawan - Keningau. Pada awal operasi, PTK hanya mempunyai 8 orang kakitangan dan mempunyai 2 blok domitori, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah dewan makan dan sebuiah stor.

Ketika PTK beroperasi, banduan-banduan diberikan latihan seperti menanam rumput, bercucuk tanam, menternak ikan air tawar, penanaman padi bukit dan menternak binatang seperti lembu, kuda, ayam dan khinzir. Pada tahun 1982, perusahaan tenusu telah diperkenalkan di mana hasil susu tersebut dihantar ke Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Keningau.

Pada tahun 1991, PTK telah ditutup dan semua yang ada telah dipindahkan semula ke Penjara Pusat Kota Kinabalu. Pada 10 April 1991, PTK telah diwartakan sebagai Sekolah Henry Gurney Kedua yang mana menempatkan budak-budak nakal. Pada 13 Ogos 1991, pemindahan pertama budak-budak nakal iaitu seramai 20 orang yang telah dipilih daripada Sekolah Henry Gurney, Kota Kinabalu telah dilakukan.

Untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni dan kakitangan, aspek-aspek keselamatan telah dipertingkatkan dengan menambahkan Jerman Barb Wire pada pagar chain ling yang sedia ada di samping pembinaan bilik-bilik asingan, pondok pengawal, surau, dewan kuliah dan perpustakaan. Sama seperti banduan, penghuni-penghuni SHG Keningau diberikan latihan menternak binatang seperti lembu tenusu, kambing, menternak air tawar, berkebun sayur dan lain-lain lagi yang memberi manfaat kepada penghuni.

Selain latihan tersebut, pembangunan rohani tidak diabaikan di mana bimbingan agama diberikan mengikut anutan agama masing-masing. Dalam perkara ini, penceramah agama biasanya datang dari Pusat Latihan Dakwah Keningau dan pihak gereja St. Francis Xavier, Keningau serta daripada kakitangan di institusi ini. Bagi penghuni yang masih berminat untuk belajar dan berkelayakan, mereka diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Penilain Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia. Aktiviti sukan juga tidak diabaikan dengan memberikan peluang kepada penghuni untuk bersukan dan bermain bola sepak di samping menjalankan indoor games seperti karom, catur dan lain-laian lagi.