| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Undang-undang

Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Akta dan peraturan-peraturan tersebutlah yang memberikan kuasa kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk menahan seseorang sebagai penghuni penjara dan melaksanakan program-program pemulihan kepadanya secara sah. Akta dan peraturan tersebut adalah seperti berikut :

1.

Akta Penjara 1995.

Akta ini adalah pindaan pada Ordinan Penjara 1952 dan mula berkuatkuasa pada 18 Januari 1996. Dikenali juga sebagai Akta 537. Merupakan satu akta untuk menyatu dan meminda undang-undang berhubung dengan penjara, banduan dan perkara-perkara yang berkaitan.
Klik sini untuk pindahturun versi pdf

2.

Akta Penjara (Pindaan) 2008.

Akta ini adalah pindaan pada Akta Penjara 1955 dan mula berkuatkuasa pada 30 Jun 2008. Dikenali juga sebagai Akta A1332. Merupakan satu akta untuk menyatu dan meminda undang-undang berhubung dengan penjara, banduan, parol dan perkara-perkara yang berkaitan.

3.

Peraturan Penjara 2000.

Peraturan ini merupakan pindaan pada Peraturan Penjara 1953 dan mula berkuatkuasa pada tahun 1 September 2000. Merupakan penjelasan pada prinsip-prinsip am pentadbiran penjara dan pemakaian peraturan-peraturan.
Klik sini untuk pindahturun versi bahasa Inggeris dalam format pdf

4.

Akta Kanak-Kanak 2001.

Mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002 menggantikan Akta Mahkamah Juvana 1947 (Semakan 1972). Bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dan kepentingannya.

5.

Kaedah-Kaedah Sekolah Henry Gurney 1949.

Diperbuat di bawah Ordinan Mahkamah Juvana 1947. Bertujuan untuk menyelaras peraturan-peraturan berkaitan pengurusan dan layanan di sekolah Henry Gurney.

6.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Semakan 1972).

Mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 01 Ogos 1960 dan bagi Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Telah disemak semula pada tahun 1972. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya.

7.

Kaedah-Kaedah keselamatan Dalam Negeri (Ordinan Orang Tahanan) 1960.

Bertujuan untuk menyelaras pentadbiran dan pengurusan orang-orang tahanan di pusat-pusat pemulihan akhlak.

8.

Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

Diperbuat dibawah perkara 150 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bertujuan untuk keselamatan ketenteraman awam, mengekang keganasan dan mencegah jenayah keganasan. Mula berkuatkuasa pada 16 May 1969.

9.

Kaedah-Kaedah Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1970.

Mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1971. Bertujuan untuk menyelaras pentadbiran dan pengurusan orang-orang tahanan di pusat-pusat pemulihan akhlak.

10.

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Dikenali juga sebagai Akta 316. Mula berkuatkuasa pada 30 Mei 1985. Akta ini bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pencegahan orang- orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya.

11.

Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara.

Kuasa diberikan kepada Ketua Pengarah dibawah seksyen 12 Akta Penjara 1995. Ketua Pengarah pada menjalankan kuasanya boleh mengeluarkan apa-apa perintah tetap berhubung pengurusan kepenjaraan.

12.

United Nation Standard Minimum Rules For The Treatment Of Prisoners.

Mula diperkenalkan pada tahun 1955 di “Congress on the Prevention of Crime and the Treatment of Offenders, Geneva". Telah diluluskan pada 31 Julai 1957 dan dipinda pada 13 May 1977. Bertujuan untuk menetapkan satu standard umum berkaitan prinsip dan pelaksanaan terhadap layanan kepada banduan dan pengurusan institusi penjara.