Bahagian Keselamatan

 

Bahagian Keselamatan


Fungsi Bahagian Keselamatan

• Menyelaras dan memastikan pentadbiran keselamatan penjara
• Menyelaras segala aktiviti/aspek pengurusan pesalah-pesalah (prisoner management)
• Menjamin "dynamic security"
• Menjalankan risikan dan siasatan
• Menyelia Unit Khas Keselamatan Penjara
o Unit Kawalan dan Pencegahan
o Terup Tindakan Cepat
• Menapis segala informasi berperingkat untuk kegunaan dalaman dan luaran

Bahagian Keselamatan terdiri dari :-
   
• Unit Perundangan
• Unit Penahanan dan Pelaksanaan Hukuman
• Unit Keselamatan Fizikal
• Unit Risikan dan Siasatan
• Unit Maklumat dan Gerakan

[ Carta ]

 

Bahagian Kepenjaraan

 

Bahagian Kepenjaraan


Fungsi Bahagian Keselamatan

• Seksyen Peperiksaan Dan Kualiti
• Seksyen Penyelidikan Kepenjaraan
• Seksyen Urusetia

Visi

Melahirkan pegawai dan kakitangan yang berilmu, berkemahiran, berhemah tinggi, berdisplin dan berwiibawa kearah meningkatkan imej Jabatan Penjara Malaysia menuju era kegemilangan dalam perkhidmatan awam.


Objektif

  1. Melahirkan personel yang berkualiti, professional dan memiliki nilai kepimpinan yang tinggi bagi memastikan visi dan objektif Jabatan tercapai bagi meningkatkan imej dan prestasi Jabatan Penjara Malaysia.
  2. Memastikan perancangan dan penyelidikan dijalankan demi kepentingan Jabatan khususnya kajian menilai keberkesanan dari segi kecekapan/kesesuaian aktiviti/ program yang dijalankan oleh institusi penjara dan Jabatan.
  3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penilaian peperiksaan yang disyaratkan oleh skim-skim perkhidmatan.
  4. menyelaras semua aktiviti yang melibatkan perhubungan awam Jabatan.

Fungsi

  1. Merancang dan membuat persediaan bagi semua peringkat pegawai beruniform / awam menghadiri kursus / seminar / bengkel / di luar negeri.
  2. Melaksanakan urusan peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan oleh skim-skim perkhidmatan bagi semua peringkat pegawai beruniform / awam.
  3. Bekerjasama dengan institusi-institusi latihan Jabatan dan luar dalam membuat kajian serta kerja-kerja penyelidikan demi meningkatkan lagi program-program Latihan dan keberkesanannya.
  4. Menyelaras perhubungan awam di antara institusi-institusi penjara dan Jabatan / agensi kerajaan.

[ Carta ]

 

Bahagian Pemulihan dan Rawatan

 

PENGENALAN

Bagi melicinkan program pemulihan dan rawatan, bahagian ini dibahagi kepada dua seksyen, iaitu Seksyen Pemulihan dan Seksyen Rawatan. Seksyen Pemulihan bertanggungjawab merangka dasar-dasar program pemulihan seperti pendidikan, kemahiran dan layanan terhadap banduan dan tahanan (penghuni). Sekysen Rawatan pula bertanggungjawab merangka dasar-dasar program rawatan seperti kesihatan, rawatan dan keagamaan terhadap penghuni penjara.


SEKSYEN PEMULIHAN

Salah satu peranan utama Jabatan Penjara Malaysia ialah memberi latihan pemulihan kepada penghuni semasa mereka menjalani hukuman supaya menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali ke pangkuan masyarakat. Bagi mencapai maksud tersebut berbagai aktiviti-aktiviti pemulihan telah dijalankan oleh unit-unit di bawah seksyen pemulihan.

Seksyen ini mengandungi 3 seksyen utama iaitu :

  1. Seksyen Pembangunan Insan
 
i) Unit Akademik

Dalam bidang akademik, Jabatan Penjara telah berusaha memberi pendidikan kepada penghuni yang memerlukannya dengan menyediakan guru-guru akademik. Bagi penghuni yang tercicir dan berhajat untuk menyambung pelajaran, segala kemudahan akan disediakan oleh Jabatan Penjara bagi membantu golongan ini. Guru-guru kontrak dan guru-guru daripada jawatan kader Kementerian Pendidikan telah diambil bagi tujuan memberi khidmat menyambung pendidikan kepada para juvana dan banduan muda khasnya dan banduan umumnya.

ii) Unit Sahsiah

Berperanan untuk memastikan perjalanan program pembangunan insan berjalan mengikut garis panduan yang ditetapkan khususnya dalam Fasa I dan Fasa II. Disamping itu mengurus dan memastikan pesalah diagihkan dan diberikan aktiviti mengikut kecenderungan, masalah dan latarbelakang serta memantau asas latihan dan praktikal pesalah.

iii) Unit Integrasi

Memastikan setiap penghuni yang menjalani hukuman mengikuti program pemulihan sepertimana yang ditetapkan, merancang program–program kemahiran hidup dalam bidang pembuatan, perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, penternakan dan lain – lain yang boleh digunakan selepas dibebaskan. Menyelaras perlaksanan program oleh semua institusi penjara bagi tujuan mengeratkan semula jalinan kekeluargaan dan masyarakat. Menyelaras pelaksanaan program–program kemasyarakatan dalam usaha mewujudkan peluang kepada penghuni untuk menyumbang dan berbakti kepada masyarakat.

2. Seksyen Layanan
 
 
i) Unit Hak Asasi

Bertanggungjawab memastikan layanan yang profesional berlandaskan nilai-nilai kemanusian secara adil dan saksama sebagai kor bisnes jabatan selain daripada penahanan, keselamatan dan pemulihan. Memastikan permelakuan ke atas setiap penghuni yang menjalani tempoh penahanan hingga dibebaskan berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam prisip layanan UNHCR dan seperti yang termaktub dalam akta dan peraturan penjara. Memastikan banduan diberi layanan sewajarnya berlandaskan maruah dan nilai kemanusiaan. Memastikan tiada diskriminasi terhadap perbezaan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan fahaman politik dan lain-lain.

ii) Unit Kebajikan

Kehidupan manusia tidak pernah terlepas dari belenggu masalah, maka banduan-banduan yang tinggal di penjara juga menghadapi masalah-masalah yang sama. Di antaranya adalah masalah-masalah besar yang lazim dihadapi oleh mereka adalah masalah peribadi, keluarga dan majikan.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Penjara bagi menguruskan hal-hal tersebut dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, pegawai-pegawai kebajikan samada diperingkat Ibu Pejabat ataupun di peringkat institusi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan penghuni dengan harapan akan memberi kesan positif terhadap banduan kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan jiwa di kalangan banduan dan mempastikan pengurusan penjara berjalan dengan baik dan terkawal.

3. Seksyen Kemahiran
 
Memastikan pelaksanaan pembelajaran JPK, CIDB berjalan mengikut apa yang ditetapkan serta merangka program kemahiran kepada banduan Juvana dan banduan muda.


SEKSYEN RAWATAN

Merawat dan memulihkan kecergasan jasmani, rohani dan psikologi banduan dan tahanan supaya mereka dapat kembali menjadi warganegara yang produktif dan bertanggungjawab. Ianya juga mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas dari gejala dadah di dalam penjara supaya banduan/tahanan/penghuni dapat menjalani kehidupan yang normal.

Seksyen ini mengandungi 3 seksyen utama iaitu :

 
1. Seksyen Kesihatan
 
Pengurusan kesihatan di dalam sesebuah institusi penjara merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Keadaan fizikal penghuni penjara yang sihat dan persekitran yang bebas dari wabak penyakit turut menyumbang ke arah mengekalkan ketenteraman dan keselamatan di dalam sesebuah penjara. Kemudahan klinik di dalam penjara, doktor panel dan pembantu perubatan di penjara adalah untuk memberi perkhidmatan rawatan segera sementara mendapatkan rawatan selanjutnya oleh pihak hospital luar sekiranya perlu.

Pengurusan Banduan HIV/AIDS

Bagi penghuni penjara pembawa virus HIV ataupun pengidap HIV/AIDS, pengurusan penghuni HIV/AIDS di penjara pada dasarnya berpandukan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,sama ada dari aspek penjagaan kesihatan mereka mahu pun dalam aktiviti kawalan jangkitan. Bagi semua penghuni yang dikesan sebagai pembawa virus HIV positif akan ditempatkan di bangunan khas, berasingan dari penghuni yang tidak dijangkiti virus HIV, dengan mengambil kira kepentingan kesihatan penghuni lain (kawalan jangkitan). Walaubagaimana pun pengasingan ini lebih bertumpu pada waktu malam hari (tidur), pada waktu siang mereka dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti harian dalam program pemulihan dengan syarat-syarat tertentu, seperti tidak dibenarkan bekerja di dapur, bengkel yang menggunakan peralatan tajam, sukan lasak dan aktiviti lain yang boleh menyebabkan kecederaan.

2. Seksyen Rawatan
 
 
i) Unit Anti Dadah

Ujian Pengesanan Dadah

Pada dasarnya Jabatan Penjara Malaysia sangat memandang serius terhadap masalah penyeludupan dan penagihan dadah di dalam penjara. Antara strategi untuk menangani masalah ini ialah operasi ujian air kencing mengesan kandungan dadah. Hasil pengesanan dadah dalam air kencing dijadikan sebagai petunjuk, berlakunya kegiatan penyeludupan dan penagihan dadah dalam penjara, maklumat pengesanan dadah akan digunapakai untuk tujuan tindakan 'pemulihan' mengikut Peraturan Penjara dan Akta Dadah. Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas banduan atau mana-mana kakitangan yang terlibat.
 
ii) Unit Kaunseling

a. Perkhidmatan Kaunseling Jabatan Penjara Malaysia

Pengenalan :
  • Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Penjara Malaysia bermula dengan daya usaha Ketua Pengarah Penjara Malaysia Y. Bhg. Dato Ibrahim bin Hj. Mohamed memperkenalkan perkhidmatan ini pada penghunjung 1980.
  • Tenaga pengajar seramai dua orang pakar kaunseling daripada Amerika dibawah The Bureau For The International Narcotics and Law Enforcement (INL) US Department of State telah didatangkan khas untuk memberikan latihan khusus kepada Pegawai – pegawai Penjara dalam bidang Kaunseling.
  • Kursus selama satu tahun secara berperingkat sebanyak tiga siri telah dijalankan melibatkan seramai 169 orang Pegawai Penjara. Pada 16.05.1981 pegawai – pegawai yang dilatih mempraktikan perkhidmatan kaunseling kepada program pemulihan banduan.
  • Hingga kini ada diantara pegawai – pegawai tersebut telah melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain – lain pusat pengajian tinggi.
  • Aktiviti Kaunseling yang dijalankan meliputi :
    1. Kaunseling Individu
    2. Kaunseling Kelompok
    3. Kaunseling Keluarga

b. TC di Jabatan Penjara Malaysia

Pada tahun 1990, seorang pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia iaitu ketika itu Penolong Penguasa Penjara Amir Shariffuddin Bin Abd. Majid, telah dihantar berkursus selama satu (1) tahun di Parksville Facility, DAYTOP VILLAGE INTERNATIONAL, New York , U.S.A. di dalam mempelajari kaedah program ‘self-help’ iaitu Program Therapeutic Community (TC). Sekembalinya beliau dari kursus tersebut,satu kertas cadangan telah dibuat untuk menjalankan program TC di sebuah institusi sebagai projek percubaan. Pada 01 September 1992 sebuah institusi telah dipilih untuk menjalankan projek percubaan tersebut iaitu di Penjara Pusat Selangor ( RPD ). Projek percubaan ini dimulakan dengan 43 orang banduan. Setelah dua tahun berjalan didapati projek percubaan ini berjaya dan mendapat maklum balas yang positif dari orang banduan yang mengikutinya. Kini terdapat sebanyak 13 buah institusi penjara menjalankan Modul Pesalah Dadah kaedah Therapeutic Community dan sejak dilaksanakan pada tahun 1992 seramai 4,391 penghuni telah mengikuti program ini. Seramai 11 pegawai penjara telah dilatih di DAYTOP Village International, New York di dalam bidang ini pada masa kini. Keberkesanan kaedah Therapeutic Community di dalam merawat pesalah dadah di dalam Jabatan Penjara Malaysia sejak ditubuhkan sehingga tahun 2002 secara keseluruhannya adalah sebanyak 76.5%.


Matlamat Modaliti TC

Matlamat pemulihan TC berasaskan kepada beberapa teras utama. Di antaranya seperti berikut :

i. Mengarahkan dan membentuk penagih – penagih dadah kepada autonomi supaya dapat berdiri di atas kaki sendiri.
ii. Membantu penagih – penagih mencapai tahap kedewasaan dan boleh bertanggungjawab serta tahu erti kata sebenar siapa mereka , apa yang dikehendaki dan ke mana arah tujuan hidup.
iii. Melatih menghormati dan sensitif kepada perasaan sendiri dan orang lain yang ianya berkait rapat dengan pemikiran dan tingkahlaku terutama yang membawa kepada kemudaratan diri.
iv. Mengurangkan pemusatan diri atau menggambarkan diri yang sentiasa kalah (self – defeating outlook) dan seterusnya kepada penampilan kendiri yang lebih baik dan realistik.
v. Memeriksa dan membantu penagih – penagih dadah menukar beberapa kepercayaan atau nilai asas (basic values) terutama nilai – nilai yang tidak rasional yang boleh menyebabkan gangguan minda kepada yang lebih rasional dan produktif.
vi. Melatih penagih – penagih berkonfrontasi tanpa alasan sesama mereka.

Kesimpulannya, matlamat di atas menjurus kepada objektif Jabatan Penjara iaitu memulih akhlak dan mengubah sikap penagih – penagih supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan produktif.

Konsep Pemulihan TC Penjara Malaysia

Modaliti TC Penjara Malaysia mempunyai ciri – ciri yang tersendiri. Keberkesanan dan kekuatan TC terletak pada konsep pemulihannya yang lebih tertumpu kepada aspek psikologi. Di antara konsep – konsepnya ialah :

  • Berorientasikan keluarga / famili
  • Melalui pengalaman hidup yang sebenar semasa didalam proses rawatan dan pemulihan
  • Penghuni saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain
  • Mengenal dan menjalin antara perasaan (feelings), pemikiran (thoughts) dan tingkahlaku (behaviour) seterusnya berusaha mengubah gaya hidup lama kepada gaya hidup yang lebih produktif
  • Konfrontasi di antara sesama penghuni dan kakitangan . Setiap kakitangan dan residen sebagai “role model”
  • Penggunaan “Tools Of The House” yang seragam di semua fasiliti TC. Ianya merupakan alat bagi memodifikasikan tingkahlaku penghuni. Alatan tersebut amat penting bagi residen mencapai explorasi dan penemuan kendiri (self exploration, self – discovery) dan seterusnya mencapai tahap “self - mastery”.

Empat (4) komponen TC yang penting iaitu :
  1. Pengurusan Modifikasi Tingkahlaku
  2. Perkembangan Emosi dan Psikologi
  3. Perkembangan Intelektual dan Kerohanian
  4. Perkembangan Kemahiran Vokasional dan Kemahiran Hidup(Survival Skills)

3. Seksyen Agama
 
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan banduan melakukan kesalahan kerana mereka mempunyai didikan akhlak yang rendah. Ketiadaan kekuatan akhlak dan pendidikan agama yang teguh menyebabkan mereka tiada pedoman dan tidak teragak-agak untuk melakukan kesalahan. Menyedari hakikat bahawa pendidikan agama adalah merupakan unsur penting dalam program pemulihan, maka pendidikan agama telah disediakan mengikut agama yang mereka anuti disediakan seperti pengajaran dan pendidikan agama Islam, agama Kristian, agama Hindu dan Buddha. Penceramah-penceramah dan guru-guru agama yang berkelayakan juga dipilih untuk memberi ceramah kesedaran secara berjadual dan berterusan demi mengembalikan akhlak mereka.

[ Carta ]

 

Bahagian Vokasional Dan Industri

 

PENDAHULUAN

Bahagian Vokasional Dan Industri telah diwujudkan secara rasmi mulai 1 Januari 2007 dengan kelulusan sebanyak 38 perjawatan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, 4 jawatan di Ibu Pejabat Penjara Sabah dan 4 jawatan di Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Bahagian ini dahulunya adalah satu seksyen di bawah Bahagian Pemulihan Dan Rawatan. Ekoran peranan dan fungsinya yang makin meningkat, kerajaan telah meluluskan pewujudan Bahagian Vokasional dan Industri ini secara berasingan dari Bahagian Pemulihan dan Rawatan agar bahagian ini dapat menumpukan pengkhususan fungsi dan tanggungjawab dalam membuat perancangan penyelidikan dan pembangunan produk, meningkatkan pengeluaran produk penjara dan memasarkan produk penjara dalam ruang lingkup pasaran yang lebih luas dan terbuka.


VISI

Meningkatkan pengeluaran produk yang berkualiti dan berdaya saing serta dipasarkan secara meluas melalui peningkatan kemahiran kakitangan dan penghuni dengan mengoptimumkan penggunaan sumber pengeluaran produk.


TERAS DASAR BAHAGIAN VOKASIONAL DAN INDUSTRI

Bagi mempastikan pelaksanaan program, projek, dan aktiviti secara bersepadu, Bahagian Vokasional dan industri telah meggubal tiga teras dasar iaitu;

  1. Penyelarasan dan pelaksanaan secara komprehensif dan bersepadu dengan mengenalpasti satu atau lebih produk atau perkhidmatan utama bagi sesuatu penjara untuk dibangunkan dan dikembangkan sebagai sebuah industri.
  2. Pemantapan proses perniagaan melalui pewujudan mekanisme pemasaran bertunjangkan matlamat pasaran, penjenamaan dan pengurusan pengeluaran berorientasikan perniagaan.
  3. Penggunaan kaedah pengelompokan (cluster) dan menggerakkan keseluruhan rantaian nilai dari peringkat bekalan sumber bahan mentah, pengeluaran, pengedaran dan pemasaran produk.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan penggunaan sumber bahan mentah, mesin dan gunatenaga secara optimum.
  2. Meningkatkan peluang kemahiran bersijil kepada kakitangan dan penghuni bagi menunjangi kualiti dan produktiviti.
  3. Membangunkan dan membuat penyelidikan bagi produk-produk baru yang mampu bersaing dalam pasaran terbuka.
  4. Meluaskan pasaran produk penjara sama ada di dalam mahupun di luar negara.
  5. Meningkatkan hasil perolehan yang diperolehi menerusi jualan produk penjara daripada bengkel-bengkel kemahiran di institusi.
  6. Mendedahkan aktiviti pemulihan banduan menerusi hasil kerja tangan penghuni penjara kepada masyarakat luar penjara dan mengikis tanggapan masyarakat terhadap mereka.
  7. Memberi peluang kepada penghuni untuk menunjukkan hasil kerjatangan mereka kepada pihak masyarakat luar.
  8. Meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada para penghuni.
  9. Meningkatkan perolehan hasil Jabatan Penjara Malaysia.

Bahagian Vokasional Dan Industri terdiri dari:-

  1. Unit Komersial
  2. Unit Promosi
  3. Unit Pembangunan Kemahiran
  4. Unit Pembangunan Produk
  5. Unit Amanah
  6. Unit Perusahaan

[ Carta ]

 

Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

 

Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan terdiri dari:-

  • Cawangan Pentadbiran Dan Penyelenggaraan Aset
  • Cawangan Kewangan

Objektif Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

Untuk Memberi khidmat sokongan kepada Jabatan Penjara Malaysia dengan cekap dan berkesan dalam bidang Pentadbiran dan Kewangan.

Objektif Cawangan Pentadbiran Dan Penyelenggaraan Aset

Memberi khidmat sokongan dengan cekap dan berkesan kepada semua bahagian dan Institusi Penjara berhubung dengan urusan pentadbiran, penyelenggaraan dan harta modal.


Objektif Cawangan Kewangan

Memberi khidmat sokongan dengan cekap dan berkesan kepada semua bahagian dan Institusi Penjara berhubung dengan urusan kewangan, mengurus, perakaunan dan pengurusan Akaun Amanah Khas Jabatan Penjara.

Fungsi Cawangan Pentadbiran dan Penyelenggaraan Aset:

  • Mengendalikan dan memantau stor kecil Ibu Pejabat.
  • Pentadbiran perpustakaan.
  • Perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan, mesin, bangunan dan harta modal.
  • Pengurusan muzium penjara dan pameran.
  • Pentadbiran am dan urusan mesyuarat jabatan.
  • Sistem fail jabatan.

Fungsi Cawangan Kewangan:

  • Menetapkan dasar dan peraturan bajet jabatan selaras dengan dasar bajet kerajaan.
  • Merancangan dan menyelaras penyediaan bajet tahunan peringkat jabatan.
  • Mengawal dan mengagihkan peruntukan ke institusi penjara.
  • Menyelaras keperluan peruntukan tambahaan dan pindaan peruntukan.
  • Mengurus pembayaran emolumen, bekalan dan perkhidmatan untuk Ibu Pejabat dibawah bajet mengurus.
  • Mengurus pinjaman kenderaan, komputer dan pinjaman perumahan.
  • Mengurus dan menyelenggarakan pesanan kerajaan jabatan.
  • Menyelaras penyesuaian bulanan, akaun Deposit Khas dan Am peringkat Ibu Pejabat dan jabatan.
  • Mengurus permohonan baru dan tambahan akaun panjar.
  • Bertanggungjawab terhadap kutipan hasil dan penyelenggaraan rekod perakaunan Ibu Pejabat dan jabatan.
  • Bertanggungjawab terhadap urusan bayaran, kutipan hasil dan menyelenggarakan Daftar Akaun Amanah Penghuni.

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Sesungguhnya kami kakitangan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Penjara Malaysia akan sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan.

Selaras dengan dasar sumber manusia sektor awam, kami dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan: -

  • Memastikan Dokumen Anggaran Belanjawan Mengurus Jabatan dilengkapkan dan dikemukakan kepada KDN sebelum 31 Mac tiap-tiap tahun.

  • Memastikan Waran peruntukan Belanja Mengurus diagih kepada institusi Penjara dalam tempoh tiga minggu selepas waran am peruntukan diterima daripada KDN.

  • Memastikan Baucer Bayaran diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois diterima oleh jabatan.

  • Memastikan kelulusan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  • Sijil Pengesahan Tahunan Akaun Amanah disediakan dan dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara pada atau sebelum 31 Mac tahun kewangan berikutnya.

  • Resit hasil dan amanah disediakan pada hari terimaan dibuat.

  • Kelulusan pembayaran dan penyediaan cek di bawah Akaun Amanah disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  • Laporan perbelanjaan bulanan disediakan dan dikemukakan kepada KDN dan tempoh 2 minggu selepas tarikh Laporan Terperinci dari Jabatan Akauntan Negara diterima.

  • Penyata penyesuaian vot, hasil disediakan 2 minggu selepas tarikh Laporan Terperinci dari Jabatan Akauntan Negara diterima.

  • Memastikan pembaikan peralatan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh aduan diterima dan penyelenggaraan dibuat mengikut jadual.

  • Memastikan surat-surat yang diterima dari semua bahagian dipos dalam tempoh 1 hari dan surat-surat yang diterima melalui pos/fax/dengan tangan diedarkan pada hari yang sama.

  • Memastikan fail baru dibuka dan didaftarkan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima.

  • Memastikan panggilan telefon dijawab tidak melebihi 3 deringan dan menggunakan sistem jawapan yang standard dan mesra pelanggan.

  • Memastikan peraturan-peraturan dan Pekeliling-pekeliling Kerajaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa akan diedarkan dalam masa 7 hari bekerja.

[ Carta ]

 

Bahagian Teknologi Maklumat

 

Objektif


Bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Jabatan Penjara Malaysia dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap produktiviti yang disasarkan.


Misi

Berusaha melengkapkan Jabatan Penjara Malaysia dengan sistem maklumat dan komunikasi data berteknologi terkini, terbukti efektif dan berkemampuan dikendali dan disenggara untuk memantapkan keberkesanan peranan Jabatan Penjara Malaysia.


Wawasan

Melengkapkan Jabatan Penjara Malaysia dengan teknologi maklumat yang terkini bagi mambantu memperkemaskan sistem kepenjaraan.


Fungsi

Untuk mencapai objektif ini Bahagian Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting sebagai penggerak utama berhubung teknologi maklumat di Jabatan Penjara Malaysia dengan fungsi-fungsi berikut:

  • Merancang dan mengesyorkan dasar, strategi, piawaian dan pelan rancangan teknologi maklumat bagi Jabatan.
  • Membekal dan menguatkuasakan metodologi dan piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi Jabatan.
  • Merancang dan menguatkuasakan dasar keselamatan ICT selaras dengan keselamatan ICT Kerajaan.
  • Menguruskan penyenggaraan peralatan komputer supaya berada dalam keadaan beroperasi secara optima.
  • Mengurus dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek teknologi maklumat.
  • Mengurus dan melaksanakan proses perolehan peralatan komputer untuk projek pengkomputeran.
  • Mengesyorkan keperluan latihan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengoperasian komputer bagi semua staf Jabatan.
  • Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Dan Pelaksanaan Projek Pengkomputeran Jabatan Penjara Malaysia.

Bahagian Sistem Maklumat terdiri dari:-

  • Unit Keselamatan ICT dan Multimedia
  • Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
  • Unit Perolehan dan Penyelenggaraan Perkakasan ICT
  • Unit Operasi dan Rangkaian Komunikasi

Piagam Pelanggan

  1. Mengurus dan memastikan sistem aplikasi, laman web dan portal jabatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan secara bertulis.
  2. Aduan gangguan rangkaian komunikasi, server dan sistem aplikasi, akan diselesaikan tidak melebihi 4 jam.
  3. Mengurus pengoperasian komunikasi, server, sistem aplikasi, laman web dan keselamatan ICT dengan kadar optima 99%.
  4. Mengurus kerosakan komputer dan khidmat sokongan teknikal dalan tempoh 1-3 hari (bagi ibu pejabat) dan 1-7 hari (bagi institusi penjara) selepas aduan diterima.
  5. Mengurus penyelenggaraan kemudahan dan kelengkapan ICT mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  6. Memberi khidmat nasihat secara lisan dengan serta merta.
  7. Kami juga mengiktiraf pelanggan seperti berikut:-
    (a) Mendapatkan perkhidmatan yang mesra, adil, tepat dan profesional; dan
    (b) Boleh membuat aduan, memberi pandangan dan cadangan.

Dasar Teknologi Maklumat dan Komudnikasi (ICT) dan Dasar Keselamatan ICT Jabatan Penjara Malaysia

Sila klik untuk pindah turun. Semua fail dalam format pdf

  1. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  2. Dasar Keselamatan ICT

[ Carta ]

 

Bahagian Latihan & Inspektorat

 

Latar Belakang


Aktiviti latihan merupakan satu aspek terpenting dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kakitangan. Latihan merupakan kaedah utama dalam usaha melahirkan kakitangan yang berilmu, mahir dan berintergriti. Latihan juga merupakan proses yang berterusan dan tidak seharusnya diberi penekanan hanya semasa di peringkat awal perkhidmatan sahaja.

Di samping itu semua pegawai hendaklah dilengkapkan dengan kemahiran interpersonel yang baik. Mempunyai perawakan yang tegas, disiplin diri, tenang menghadapi sebarang situasi yang tegang, cergas dari segi mental dan fizikal, matang dari segi emosi serta mahir dalam menyelesaikan konflik/krisis. Kemahiran untuk menilai dengan tepat perilaku penghuni sebagai asas dalam merangka program dan layanan yang bersesuaian bagi menangani masalah penghuni juga perlu diterapkan kepada semua.

Semua pegawai hendaklah mampu menilai situasi dengan cekap dan bertindakbalas dengan cepat apabila berlaku sebarang krisis. Kemahiran hubungan kemanusiaan perlu ada kepada pegawai penjara dalam menyelia banduan dengan tegas dan adil. Pegawai penjara juga perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang personaliti dan tingkahlaku banduan. Ini sangat penting dalam membantu menjayakan proses integrasi banduan ke pangkuan masyarakat. Sebarang perubahan dan tambahan kepada dasar serta bidang tugas jabatan perlu disokong dan diperkemaskan melalui latihan yang berkaitan bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan kakitangan dengan bidang baru.

Setiap pegawai penjara perlu bersedia untuk menghadapi cara pengendalian dan pengawasan yang berkesan dengan menggunakan teknologi moden yang menggabungkan kawalan oleh individu dan peralatan elektronik. Sistem bersepadu ini dapat meningkatkan tahap keselamatan yang tinggi. Pengetahuan dan kemahiran ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan sempurna. Latihan secara berjadual di kalangan kakitangan perlu dijalankan di Institusi-institusi ini untuk menentukan sistem keselamatan elektronik bersepadu yang diperkenalkan di penjara-penjara baru dapat beroperasi sebagaimana yang diprogramkan. Begitu juga dengan kemahiran pengendalian rekod yang menggunakan sistem teknologi maklumat (SMPP). Fungsi sokongan di Jabatan Penjara Malaysia juga mengalami perkembangan dalam penggunaan teknologi maklumat yang sudah tentu memerlukan latihan seperti HRMIS, E-Perolehan, SPKB dan sebagainya.

Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran dan motivasi. Pendek kata keperluan latihan adalah merangkumi aspek fungsian (kompetensi khusus) , aspek sokongan (kompetensi umum) dan pembangunan diri . Di samping itu, semua aktiviti tersebut perlu sentiasa dipantau supaya impak dan penambahbaikan berterusan dapat menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia. Sehubungan itu, Bahagian Latihan Dan Inspektorat telah diwujudkan untuk mencapai matlamat tersebut.


Piagam Pelanggan

  • Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Jabatan Penjara melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan yang ditetapkan.
  • Membangunkan sumber manusia secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
  • Menjana data maklumat semua anggota yang menghadiri program latihan tahunan.
  • Menguruskan surat/memo panggilan menghadiri program latihan yang diluluskan dalam tempoh 14 hari bagi program anjuran institusi latihan jabatan dan tujuh hari bagi anjuran agensi luar sebelum sesuatu program latihan bermula.

Visi

Membangunkan sumber manusia secara komprehensif dan bersepadu.


Objektif

  1. Menyediakan anggota yang berwibawa dan mempunyai tahap kompetensi serta profesionalisma yang tinggi.
  2. Melahirkan kakitangan yang berdisiplin dan berilmu bagi mencapai tahap penghasilan kerja yang berkualiti / bermutu tinggi.
  3. Pembentukan nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif.
  4. Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) di dalam pengurusan kepenjaraan.
  5. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
  6. Melaksanakan aktiviti inspektorat ke atas pelaksanaan dan menilai impak fungsi utama jabatan supaya penambahbaikan berterusan melalui mekanisme latihan dapat dijalankan dengan berkesan.

Fungsi

Memberi perhatian yang serius ke atas usaha-usaha pembangunan sumber manusia yang meliputi nilai , sikap, kemahiran dan pengetahuan. Ia adalah selaras dengan Pekililing Perkhidmatan Bil. 6/2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia yang memberi penekanan kepada Program Pembangunan Sumber Manusia yang terancang dan berteraskan Pembangunan Kompetensi serta Pembelajaran Berterusan.


Misi

Memastikan pembangunan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keupayaan, keberkesanan dan kecekapan anggota bagi memenuhi keperluan semasa dan jangkapanjang Jabatan Penjara Malaysia

[ Carta ]

 

Bahagian Pembangunan dan Perolehan

 

Fungsi Bahagian Pembangunan dan Perolehan

  1. Merancang projek-projek pembangunan dan menyediakan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan
  2. Memilih, mengawal dan mengesan kemajuan fizikal projek-projek pembangunan
  3. Membuat anggaran bangunan-bangunan dan alat-alat kelengkapan bagi perlaksanaan projek-projek.
  4. Menyelaras Rancangan Pembangunan Lima Tahun
  5. Membuat perolehan, pembelian dan pembekalan pelbagai stok serta perkhidmatan gunasama
  6. Mengawal pengagihan penggunaan stok dan perkhidmatan gunasama serta pertukaran stok barang-barang gunasama dan lain-laian stok
  7. Menguruskan kontrak-kontrak pusat, kontrak-kontrak Jabatan dan sebutharga bagi perolehan dan pembekalan serta perkhidmatan
  8. Menguruskan aspek-aspek pelupusan barang-barang atas kelulusan sama ada Ketua Pengarah dan Kementerian Kewangan

Bahagian Pembangunan dan Perolehan terdiri dari :-

  1. Unit Pembangunan (Projek)
  2. Unit Perolehan

[ Carta ]

 

Unit Audit Dalam

 

Latar Belakang Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam (UAD), Jabatan Penjara Malaysia telah diwujudkan pada bulan Jun 2000 sebagai sebahagian dari komponen kawalan dalaman dan bertanggungjawab terus kepada Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Bidang tugas UAD adalah meliputi semua bahagian/institusi di Jabatan Penjara Malaysia seperti Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Penjara Sabah, Ibu Pejabat Penjara Sarawak, semua Institusi Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Tempat Tahanan Perlindungan, Sekolah Henry Gurney, Pejabat Parol dan Pusat Latihan Penjara.

Secara umumnya, pengauditan yang dijalankan oleh Unit Audit Dalam adalah pengauditan pematuhan dan pengauditan prestasi. Berdasarkan operasi Jabatan Penjara Malaysia yang khusus, pengauditan pematuhan telah dikategorikan kepada 2 jenis iaitu Pengauditan Pengurusan Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara, Arahan Keselamatan Dan Arahan Pemulihan. Selain itu, penampilan audit, pengauditan susulan dan lain-lain-tugas berkaitan turut dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam.

Objektif

Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Piagam Pelanggan Unit Audit Dalam

Kami berjanji akan;

  1. Menjalankan auditan secara adil dan saksama tanpa ‘fear or favour’.
  2. Mengeluarkan laporan audit yang bebas, objektif dan tepat pada masanya.
  3. Memberi teguran dan cadangan membina ke arah meningkatkan prestasi sistem pengurusan kewangan dan tahap akauntabiliti awam.

Misi

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas di Jabatan Penjara Malaysia ke arah meningkatkan prestasi dan keberkesanan pengurusan khasnya pengurusan kewangan bahagian dan institusi Jabatan.

Visi

Untuk menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti dan program Jabatan Penjara Malaysia.

Fungsi / Bidang Tugas Unit Audit Dalam

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • Menjalankan fungsi audit dalam di Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal seliaan jabatan berkenaan yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998;
  • Melaporkan kepada Komisioner Jeneral Penjara hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Komisioner Jeneral Penjara; dan
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun dan lain-lain mesyuarat pengurusan yang berkenaan.

[ Carta ]

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Visi

Untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang berilmu, berhemah tinggi, berdisplin serta berdaya maju ke arah kemajuan jabatan.


Misi

Beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti juga mengeluarkan bakal personel yang berkualiti secara maksima di dalam memastikan imej dan prestasi jabatan dapat dipertingkatan secara sistematik dan berterusan.


Objektif

  • Menimbulkan keyakinan kepada personel terhadap keupayaan diri, kemajuan kerjaya dan organisasi
  • Mengekalkan tenaga kerja yang mahir, berkualiti, inovatif, kreatif dan berpotensi
  • Memastikan segala perancangan yang dibuat kepada personel dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sejajar dengan tahap profesionalisma kepenjaraan.
  • Memastikan segala perancangan dan penyelidikan yang dijalankan selaras dengan kehendak personel sejajar dengan peningkatan inovasi dan motivasi, mengikut kesesuaian serta responsif kepada persekitaran dan bertindak cepat serta bersedia menghadapi perubahan dan cabaran baru selaras dengan kepentingan jabatan

Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dari :

  Unit Perancangan dan Penyelidikan

  1. Sub-Unit Perancangan

    • Merancang kursus untuk kakitangan di dalam dan luar negeri.
    • Merancang kursus/seminar untuk anggota/kakitangan bagi mengikut di luar yang bersesuaian dan relevan dengan kehendak organisasi.
    • Menyelaras kursus untuk kakitangan.
    • Menyebarkan maklumat latihan.
    • Mengawal perkembangan latihan.
    • Mengendalikan masalah-masalah dalam latihan.
    • Menjadualkan kalendar tahunan latihan/kursus dan seminar.
    • Mengkaji keberkesanan kursus dan menyemak kurikulum kursus dari masa ke semasa.

  2. Sub-Unit Penyelidikan

    • Mengumpul, menganalisa dan menjalankan kajian berhubung dengan hal ehwal kepenjaraan serta menyediakan laporan-laporan.
    • Menyediakan laporan tahunan dan statistik untuk kegunaan pelbagai pihak.
    • Memproses permohonan kajian tentang kepenjaraan.
 
  Unit Latihan

  1. Sub-Unit Penyelarasan Latihan

    • Memastikan segala perancangan latihan yang dibuat kepada personel dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
    • Menimbulkan keyakinan pada personel terhadap keupayaan diri, kemajuan kerjaya dan organisasi.
    • Mengekalkan tenaga kerja yang mahir, berkualiti, inovatif, kreatif dan berpotensi.
    • Mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sejajar dengan tahap profesionalisme kepenjaraan.
    • Mengenalpasti dan mendapatkan program latihan luaran untuk pembangunan kerjaya seluruh kakitangan.


  2. Sub-Unit Peperiksaan

    • Menentukan bentuk-bentuk peperiksaan yang perlu diambil oleh kakitangan mengikut skim perkhidmatan.
    • Menentukan sukatan peperiksaan jabatan.
    • Menggubal dan mencetak soalan peperiksaan jabatan.
    • Menjadualkan Kalendar Tahunan Peperiksaan Jabatan
    • Melaksanakan peperiksaan jabatan
    • Memeriksa kertas jawapan jabatan

[ Carta ]