| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Tempat Tahanan Perlindungan Taiping

07 MAC 2011,TTP TAIPING:  Program Gaya Hidup Sihat Peringkat TTP Taiping telah diadakan dan dirasmikan oleh PKP Mohd Roslen bin Ramli, Pengarah  Tempat Tahanan Perlindungan Taiping. Program pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti senamrobik bertempat di Padang Bola TTP Taiping. Turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah TTP Taiping. Majlis pada hari itu diteruskan lagi dengan program Ceramah Gaya Hidup Sihat oleh Dr. Riwati dari Pejabat kesihatan Daerah(PKD) Larut Matang & Selama, Taiping. Acara kemuncak ialah perasmian Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat oleh Tn. Pengarah dan diteruskan lagi dengan aktiviti pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Daerah serta pemeriksaan pergigian oleh Klinik Pergigian Daerah LMS, Taiping. Antara tujuan diadakan program seperti ini ialah mewajibkan perlaksanaan pemeriksaan kesihatan secara   konsisten kepada semua kakitangan yang bertugas selain memastikan kesihatan semua pegawai berada di tahap yang memuaskan.