| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia

Nama Persatuan ini dinamakan "PERSATUAN BEKAS PEGAWAI PENJARA MALAYSIA" atau dalam Bahasa Inggerisnya "EX-PRISON OFFICERS ASSOCIATION OF MALAYSIA"
Alamat Perhubungan JKR 1522, SRI WIRA
KOMPLEKS PENJARA KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR
No. Faks. : 03-87376018
No. Tel. : 03-87336017

Objektif Penubuhan

 

  1. Mengwujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat muhibah di antara Bekas Pegawai Penjara dengan yang masih berkhidmat, menjaga kehormatan dan nama baik dalam masyarakat.
  2. Memberi pertolongan dengan Bekas Pegawai Penjara serta keluarga dan tanggungjawab mereka semasa sakit atau cedera yang berkehendakkan bantuan, termasuklah kemudahan perubatan, perumahan, pelajaran dan juga pekerjaan yang bersesuaian bagi mereka
  3. Bertindak sebagai satu badan yang berkuasa mewakili ahli-ahli dan keluarga mereka
  4. Mendapatkan persefahaman dan pengiktirafan awam supaya Bekas Pegawai Penjara diberi kemudahan untuk mendapat pekerjaan, peluang berniaga dan keistimewaan dalam mendapatkan rumah kediaman
  5. Mengembangkan semangat persahabatan di antara ahli-ahli dengan cara menolong mereka untuk mendapat apa-apa jua kemudahan asas yang biasanya dinikmati oleh masyarakat
  6. Menggalak ahli membantu banduan dan bekas banduan dalam proses pemulihan melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian
Jenis Ahli  
1. AHLI BIASA
  Terdiri dari Bekas Pegawai Penjara yang telah berkhidmat secara tetap di Jabatan Penjara Malaysia atau sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama 3 tahun, warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
2. AHLI BERSEKUTU
  Terdiri daripada :-
i. Balu-balu atau duda kepada Bekas Pegawai Penjara
ii. Anak ahli yang berumur 18 tahun ke atas
3. AHLI SEUMUR HIDUP
  Terdiri daripada Ahli Biasa yang telah membayar yuran Ahli Seumur Hidup
4. AHLI KEHORMAT
  Ahli Jawatankuasa boleh melantik mana-mana individu yang banyak membuat jasa dan dapat memberikan sumbangan untuk memajukan persatuan

Permohonan Menjadi Ahli

  1. Seseorang yang ingin menjadi Ahli BIasa/Bersekutu/Seumur Hidup hendaklah mengisi borang permohonan dalam (3) salinan yang boleh didapati di alamat Persatuan atau di cawangan-cawangan
  2. Setiap permohonan yang diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada mana-mana Setiausaha cawangan, yang mana akan membuat semakan dan setelah berpuas hati, membuat perakuan dan menghantar kepada Jawatankuasa Pusat bagi mendapat keputusan. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan hendaklah dihantar terus kepada Jawatankuasa Pusat
  3. Jawatankuasa Pusat akan mempertimbangkan segala permohonan menjadi ahli dan memutuskan, samada diterima atau ditolak atau pun ditangguhkan timbangan sesuatu permintaan itu tanpa memberi apa-apa sebab atas keputusannya itu
  4. Seseorang yang permohonannya hendak menjadi Ahli Biasa/Bersekutu/Seumur hidup yang telah ditolak oleh Jawatankuasa Pusat dibenarkan merayu kepada Majlis Tertinggi dan keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamad
  5. Tiap-tiap ahli akan diberikan KAD AHLI. Kad-kad ini adalah Hak Milik Persatuan dan mestilah dikembalikan kepada Persatuan apabila dituntut.
  6. Jawatakuasa Pusat berkuasa mengadakan peraturan dan/atau syarat-syarat yangtertentu dalam perkara permohohan hendak menjadi ahli Persatuan
  7. Seseorang yang dipecat atau menarik diri daripada menjadi ahli tidak boleh diterima semula menjadi ahli, melainkan telah mendapat kebenaran cara bertulis dari Jawatankuasa Pusat Persatuan.
   
Bayaran Masuk, Yuran-Yuran dan Lain-Lain

  1. Yuran masuk menjadi Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu
    Bayaran Pendaftaran - RM 5.00
    Bayaran yuran tahunan - RM 5.00
  2. Yuran tahunan yang hendak dibayar oleh Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu ialah RM 5.00 setahun, dan hendaklah dibayar tidak lewat daripada 31hb. Disember bagi tahun yang baru lau, ataupun pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi
  3. Yuran Ahli Seumur Hidup ialah RM 150.00 dengan dibayar sekaligus. Bayaran ini hendaklah disertakan yuran pendaftaran sebanyak RM 5.00
  4. Apabila seorang ahli bertukar alamat kediaman, ia hendaklah memberitahu Setiausaha Cawangan atau Setiausaha Agung
  5. Mana-mana ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunannya bagi satu-satu tahun itu, mereka tidak berhak menghadiri atau mengambil apa-apa bahagian atau mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan atau menerima apa-apa kenyataan atau risalah-risalah Persatuan, dan mereka juga tidak berhak memilih atau dipilih atau dilantik memegang sebarang perjawatan di dalam Persatuan.

Berhenti, Masuk atau Dipecat, Gantung Dari Menjadi Ahli

  1. Seseorang ahli boleh berhenti daripada menjadi ahli pada bila-bila masa pun, dengan syarat dia hendaklah memberitahu Setiausaha dengan cara bertulis dan dihantarkan melalui pos berdaftar atau diserahkan di pejabatnya.
  2. Mereka yang berhenti dengan cara demikian adalah bertanggungjawab untuk membayar apa-apa jua yuran yang belum dijelaskan
  3. Bagi mereka yang telah berhenti menjadi ahli, permohonan menjadi ahli semula adalah dijalankan seperti meluluskan permohonan asal
  4. Jawatankuasa Cawangan atau Pusat berkuasa memecat atau mengantung sesiapa jua ahli yang didapati melanggar tatatertib Persatuan, dengan syarat mestilah Jawatankuasa tersebut bermesyuarat khas untuk meyelidik dan menimbangkan perkara itu
  5. Jika mana-mana ahli yang tidak berpuas hati akibat dipecat atau digantung oleh Jawatankuasa Cawangan atau Pusat, ahli berkenaan boleh merayu kepada Majlis Tertinggi yang akan memberikan keputusan muktamad

Susunan Pentadbiran Persatuan

PENAUNG

Menteri Dalam Negeri Malaysia

PENASIHAT

Ketua Pengarah Penjara Malaysia

PRESIDEN

Hj. Aziz bin Hj. Idris
TIMBALAN PRESIDEN Hj. Hamzah bin Mat Wahi

NAIB PRESIDEN

Hj Nor Shahid bin Mohd Nor
Hj. Othman bin Mustafa
Hjh. Hamidah binti Hj. Haron

SETIAUSAHA AGUNG

Ali bin Othman

BENDAHARI AGUNG

YM. Raja Ghazali bin Raja Ngah Ali

KETUA PENERANGA

Hj. Asmone bin Ali
AHLI JAWATANKUASA Hj. Hussain bin Beladar
Hj. Zai Abdul Latif bin Ibrahim
Hj. Jamaludin bin Hamid Hj. Hassan bin Abdul Rahman
Hj. Zainal Abidin bin Md. Noor
Herman bin Hamzah