| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kesedaran Bertemakan 'Perangkap Kehidupan' Di Kompleks Penjara Seberang Perai

Pada 28 Jun 2012 bertempat di Dewan Sukan Kompleks Penjara Seberang Perai berlansungnya program kesedaran bertemakan 'perangkap kehidupan'. Program ini diadakan atas kerjasama Jabatan Penjara bersama Mutiarafm dalam penerbitan program untuk siaran radio sempena Hari Kemerdekaan dan Syawal yang akan tiba. Selain itu ia juga menghimpunkan juruhebah-juruhebah Mutiarafm.


Program ini diadakan secara berakam dan akan disertai ramai Penerbit Mutiarafm. Pelbagai pengisian di dalam program tersebut iaitu Iktibar Ramadhan, Dendang Jeriji Besi, Boria Aidilfitri/ Merdeka, Sinar Syawal dan Senandung Kurungan. Program ini juga adalah satu daripada agenda tahunan Program Pemulihan Penjara Seberang Perai untuk mengisi agenda transformasi jabatan dalam konteks pemasyarakatan. Program seumpama ini mampu mengurangkan stigma dan diskriminasi masyarakat dan lebih memahami fungsi dan peranan mereka untuk memberi sokongan kepada bekas-bekas pesalah.