| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Dan Dialog Bulanan Bersama Pengarah Penjara Negeri Sabah W.P Labuan

Pada 29 Oktober 2021, Jumaat telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Dialog Bulan bersama Pengarah Penjara Negeri Sabah W.P Labuan bertempat Ruang Tempat Perjumpaan, Penjara Tawau. Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan TKP Hjh Nora binti Musa telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 17 orang pegawai dinaikkan pangkat ke Gred 24, 22 dan 20. Dalam majlis tersebut juga Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan telah menyerahkan Cendera Kenangan kepada Ketua Inspektor Penjara Bersara Hj Bakrin bin Patola dan Waris Gemulah Elbe bin Hassan, penyerahan Sumbangan Bantuan Pelajaran Tan Sri Murad Ahmad, Anak Cemerlang PERSIAP 2020 dan penyerahan Sumbangan Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia kepada waris gemulah Arpian bin Sukarno.

Majlis diakhiri dengan sambutan Hari Jadi Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan.