| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

22 Ogos 2016 - YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara telah sudi melancarkan kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Majlis ini dijalankan serentak dengan perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sebelum itu, majlis pemakaian pangkat dan pingat turut diadakan melibatkan seramai 34 anggota pelbagai pangkat termasuk kakitangan awam serta pemakaian pangkat kepada dua orang Penguasa KA44 ke Penolong Komisioner KA48, tiga orang Timbalan Penguasa KA41 dinaikan pangkat secara hakiki ke Penguasa KA44 serta lapan orang Timbalan Penguasa KA41 dinaikkan pangkat secara fleksi ke Penguasa KA44. Majlis turut dimeriahkan dengan nyayian lagu Jalur Gemilang sambil semua hadirin mengibarkan Jalur Gemilang masing-masing. Simbolik kepada kempen kibarkan Jalur Gemilang ini, YBhg. Dato' Sri memasangkan Jalur Gemilang di kenderaan Jabatan. Semoga Kempen Kibarkan Jalur Gemilang ini akan terus disemarakkan di peringkat institusi penjara bagi memanifestasikan ungkapan Sehati Sejiwa, tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini. 



lihat gambar penuh di sini
""