| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lintas Langsung Takbir Dari Tirai Besi Radio Malaysia, Negeri.FM

Pada 05 Julai 2016 (Selasa) jam 10.00 malam iaitu pada malam raya, telah diadakan Program Lintas Langsung Takbir Dari Tirai Besi Radio Malaysia, Negeri.Fm dengan kerjasama Penjara Seremban Negeri Sembilan bertempat di Dewan Kuliah Penjara Seremban. Program tersebut bersiaran secara langsung dari jam 10.00 malam hingga 12.00 t/malam melalui Negeri.FM. Seramai 31 O/Banduan yang mengikuti Program Fasa 2 (Halaqah)  terlibat dalam takbir raya dan persembahan nyanyian lagu Musafir Di Aidilfitri. Selain itu, diselitkan juga Program Istimewa dari Negeri.Fm iaitu ?Ghobuih Tak Empuk? dan persembahan Kumpulan Nasyid Nawarastu dari Penjara Seremban serta penampilan istimewa Bandi Amuk dalam memeriahkan lagi suasana malam raya. Pengarah Penjara Seremban, PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin bersama TPP Mohd Kolek Bin Mohamad Nor dan PPP Wan Saadi Bin Wan Yaacob juga turut meluangkan masa bersama-sama Unit Pemulihan Penjara Seremban dalam menjayakan program tersebut.
""