| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Dato? Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Pada 17 Jun 2017 (Rabu) bertempat di Sri Satria Putrajaya, Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri telah berlangsung Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Dato? Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri.

Aturcara majlis tersebut dimulakan dengan penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim kakitangan yang bertugas di agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri. Seramai dua puluh dua (22) orang anak-anak yatim dari Jabatan Penjara Malaysia turut menerima sumbangan tersebut. Susunatur majlis diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Syamsul Debat.

Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ketua-ketua Jabatan dan juga kakitangan-kerajaan.


""