| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kajian & Latihan

Permohonan Menjalankan Kajian dan Latihan Praktikum

Jabatan Penjara Malaysia sering menjadi tumpuan para penyelidik dan pelajar, terutamanya dari institusi pengajian tinggi awam. Pelbagai topik yang berkaitan dengan aspek kepenjaraan menjadi bahan kajian. Sehubungan itu, garis panduan ini perlu bagi memastikan kajian yang dilakukan akan memberi faedah dan tidak menjejaskan imej jabatan.


Objektif

  • Untuk memastikan aktiviti kaji selidik di Jabatan Penjara berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur.


  • Untuk memastikan kaji selidik yang dijalankan akan memberi faedah serta akan meningkatkan imej dan bukannya mendatangkan kemudaratan kepada Jabatan Penjara Malaysia.

Syarat dan Peraturan

  • Mengemukakan permohonan kaji selidik tersebut kepada Pengarah Pengurusan Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh kajian bermula.


  • Data peribadi pengkaji

  • Tajuk kajian

  • Jangkamasa kajian

  • Maklumat yang diperlukan

  • Surat sokongan dari institusi pengajian yang berkenaan


  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui pengarah pusat pengajian masing-masing dan salinan permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Penjara berkaitan.


  • Kajian yang dijalankan tidak boleh menyebabkan imej Jabatan Penjara dan Kerajaan Malaysia tercemar.


  • Tidak dibenarkan mengambil foto banduan dan struktur fizikal dalam penjara. Pengambilan foto hanya dibenarkan bagi bahagian luar di hadapan pintu besar penjara.


  • Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian liputan/temubual/rencana bagi maksud penyiaran atau hebahan tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Penjara Malaysia.


  • Pengkaji dan pusat pengajian yang terlibat adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap penyiaran liputan/temubual/rencana berkenaan.


  • Senaskah hasil kaji selidik hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengarah Penjara berkenaan bagi maksud semakan dan rekod. Jika perkara ini tidak diberi perhatian, Jabatan Penjara Malaysia tidak akan menimbangkan permohonan pelajar dari institusi pengajian berkenaan pada masa akan datang.


  • Pihak pengkaji juga tertakluk kepada sebarang bentuk undangundang yang dikuatkuasakan dan sebarang pelanggaran boleh diambil tindakan, termasuk tindakan mahkamah.


  • Jabatan Penjara berhak menarik balik kelulusan yang telah diberi atau penghasilan yang telah dihasilkan oleh pihak pengkaji jika kajian yang dilakukan tidak mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.


  • Jabatan Penjara tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini sewaktu kaji selidik dijalankan.


  • Pengkaji perlu mematuhi dan tertakluk kepad asyarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Pengarah Penjara berkenaan dari semasa ke semasa.

Pegawai-Pegawai Yang Boleh Dihubungi

TPP Harlina binti Mohamad
Bahagian Dasar Kepenjaraan
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira, 43000 Kajang

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Tel. : 03-87328000