Pengarah
KAMARUL ARIFIN BIN ABDUL AZIZ
PENGENALAN
Bahagian Pembangunan dan Perolehan menggalas peranan dan tanggungjawab untuk memastikan semua perancangan projek pembangunan Jabatan Penjara Malaysia dilaksanakan dan siap mengikut tempoh dijadualkan.
Di samping itu, Bahagian ini turut memastikan perjalanan peruntukan pembangunan diuruskan dengan lebih efektif dan efisien supaya semua prosedur kewangan dipatuhi.
Tambahan itu juga, objektif bahagian ini turut memastikan keperluan-keperluan Jabatan Penjara sama ada keperluan banduan dan anggota dilaksanakan dengan berkesan menerusi pelawaan melalui kaedah pembelian terus, sebutharga dan tender mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
VISI
Mencapai tahap pengurusan termasuk projek pembangunan fizikal dan bukan fizikal selaras bersama visi kementerian dan jabatan.
OBJEKTIF
Sekurang-kurangnya (1) permohonan penggantian penjara usang di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia pada setiap tahun.
Memastikan perjalanan peruntukan pembangunan diuruskan dengan lebih efektif dan efisen supaya semua prosedur kewangan dipatuhi.
Menentukan pengurusan pentadbiran Jabatan berjalan dengan cekap dan teratur.
Memastikan 100% proses perolehan tender terbuka (bekalan/perkhidmatan) diselesaikan sehingga peringkat pengeluaran Surat Setuju Terima dalam lingkungan tempoh yang ditetapkan.
Memastikan keperluan-keperluan Jabatan Penjara sama ada keperluan banduan dan anggota dilaksanakan dengan berkesan menerusi pelawaan tender dan sebutharga berasaskan prosedur kewangan yang ditetapkan.
Bahagian Pembangunan dan Perolehan terdiri daripada :-
Seksyen Perolehan
Menguruskan perolehan Tender dan Sebutharga bagi Jabatan Penjara Malaysia serta Projek Bukan Fizikal di bawah peruntukan pembangunan. Selain itu, seksyen ini menyelaras taklimat dan lawatan tapak bagi perolehan yang terlibat dan sesi libat urus dalam mengadakan kursus dan latihan berkaitan perolehan.
Seksyen Pembangunan
Menguruskan perbelanjaan Peruntukan Mengurus (OE) dan perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) serta projek-projek fizikal yang berkaitan.