| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Bahagian Teknologi Maklumat


Fauziah Binti Che Mustafa
Pengarah

 Objektif

Bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Jabatan Penjara Malaysia dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap produktiviti yang disasarkan.


Fungsi

Untuk mencapai objektif ini Bahagian Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting sebagai penggerak utama berhubung teknologi maklumat di Jabatan Penjara Malaysia dengan fungsi-fungsi berikut:

  • Merancang dan mengesyorkan dasar, strategi, piawaian dan pelan rancangan teknologi maklumat bagi Jabatan.
  • Membekal dan menguatkuasakan metodologi dan piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi Jabatan.
  • Merancang dan menguatkuasakan dasar keselamatan ICT selaras dengan keselamatan ICT Kerajaan.
  • Menguruskan penyenggaraan peralatan komputer supaya berada dalam keadaan beroperasi secara optima.
  • Mengurus dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek teknologi maklumat.
  • Mengurus dan melaksanakan proses perolehan peralatan komputer untuk projek pengkomputeran.
  • Mengesyorkan keperluan latihan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengoperasian komputer bagi semua staf Jabatan.
  • Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Dan Pelaksanaan Projek Pengkomputeran Jabatan Penjara Malaysia


Bahagian Teknologi Maklumat terdiri dari:-

Unit Rangkaian & Pusat Data

Merancang dan menguruskan sistem pengurusan Rangkaian, Pusat Data, Pusat Pemulihan Bencana (DRC) dan Keselamatan ICT

  • Mengurus dan mengawal selia talian MyGov*Net
  • Mengurus dan mengawal selia kemudahan rangkaian dalaman (LAN)
  • Mengurus dan mentadbir kemudahan Pusat Data
  • Mengurus dan mentadbir kemudahan Pusat Pemulihan Bencana (DRC)
  • Mengurus dan mengawal selia kemudahan peralatan keselamatan ICT
  • Mengurus pengendalian insiden keselamatan ICT
  • Mengurus dan memantau pelaksanaan simulasi DRC 
  • Membangun dan menyelaras Polisi Keselamatan Siber
  • Mengurus dan memantau pemasangan, penyelenggaraan perisian antivirus
  • Mengurus pengendalian Sistem Pengurusan Kad Akses Bersepadu (SPKAB)
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan Projek IPV6
  • Mengurus dan mentadbir perkhidmatan E-mel
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan persidangan video (VC)

Unit Aplikasi & Pendigitalan

Merancang, menyelenggara dan menetapkan metodologi serta piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi untuk keperluan jabatan

  • Mengurus dan mentadbir pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi teras dan sistem aplikasi sokongan Jabatan
  • Mengurus dan mentadbir penyelenggaraan sistem aplikasi teras dan sistem aplikasi sokongan Jabatan
  • Mengurus dan memantau pelaksanaan aplikasi gunasama kerajaan
  • Mengurus dan mentadbir pangkalan data utama serta keperluan statistik jabatan
  • Menyelaras keperluan integrasi sistem
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan portal jabatan
  • Mengemaskini data terbuka jabatan
  • Mengurus permohonan pengguna Government Public Key Infrastructure (GPKI)
  • Mengurus operasi aduan ICT (Helpdesk)
  • Mengurus, mentadbir dan melaksanakan MS ISO 27001:2013 (ISMS) 
  • Memantau dan mentadbir pelaksanaan Automatic Fingerprint Information System (AFIS)
  • Urusetia bagi focal person Pendigilatan Jabatan
  • Menerajui kajian dan keperluan teknologi terbaru dalam pendigitalan melalui sesi libat urut dengan industry ICT

Unit Pentadbiran & Sekretariat ICT

Merangka, menyelaras dan mengurus hal ehwal keurusetiaan, kewangan dan hal-hal sumber manusia

  • Merancang dan menetapkan pengurusan pentadbiran bahagian
  • Merancang, membangun, menyelaras dan memantau Pelan Strategik Pendigitalan jabatan
  • Menyelaras permohonan projek ICT jabatan ke peringkat Kementerian
  • Melaksanakan penyelarasan latihan berkaitan ICT
  • Merancang dan menguruskan KPI bahagian
  • Mengurus dan menyelia hal-hal pentadbiran dan pengurusan sumber manusia
  • Mengurus kewangan bahagian memantau perbelanjaan anggaran belanjawan tahunan dan merancang rancangan perolehan tahunan

Unit Teknikal & Aset ICT

Menyedia, mengurusa eleman sokongan teknikal dan keperluan perkakasan dan perisian ICT jabatan

  • Mengurus dan mentadbir penyelenggaraan dan baikpulih perkakasan/ perisian komputer
  • Mengurus dan mentadbir perolehan, pengagihan dan pelupusan  perkakasan/perisian komputer
  • Mengurus dan memantau pemasangan, penyelenggaraan dan operasi Desktop Management System (DMS)
  • Mengurus dan mentadbir aset alih ICT melalui Sistem Pemantauan Pengurusan Aset