| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Program Psikopendidikan Kepada Propspek Di Pusat Koreksional Jasin Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-68

Pada 5 dan 6 Ogos 2025, Program Psikopendidikan Prospek Pusat Koreksional  Jasin telah dianjurkan di Bilik Seminar MD2 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-68. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Unit Agama Pusat Koreksional Jasin yang diketuai oleh Encik Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi, Pusat Koreksional Jasin dan Ustaz Abdul Lathif bin Ismail. Seramai 46 orang Orang Diselia(ODS) terlibat dalam program ini. Tujuan program ialah mendidik ODS tentang kepentingan membina pemikiran positif, daya tahan mental serta jati diri melalui pendekatan psikologi dan kerohanian. Selain itu program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan membina nilai diri yang unggul. Lencana Icon Helper juga telah dipakaikan kepada salah seorang ODS semasa pengisian program. Penceramah jemputan ialah Encik Muhamed Hafriz bin Othman dari Pusat Koreksional Muar dan Ustaz Abd. Latif bin Ismail, Penolong Hal Ehwal Islam dari Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah Muar. Turut hadir bagi menyokong dan menyempurnakan program ini ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif Pusat Koreksional Jasin. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan yang menyelaras program yang sungguh bermakna ini sempena pengisian sambutan bulan kemerdekaan.