4 Ogos 2025 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin, Melaka dengan Kerjasama Andalusia Travel & Tours telah mengadakan Kursus Haji dan Umrah peringkat kakitangan bertempat di Surau An-Nur Pusat Koreksional Jasin. Kursus ini telah dimulai dengan Slot 1 (Teori) berkaitan pengenalan kepada Haji dan Umrah serta syarat-syarat wajib, rukun dan wajib umrah dan haji. Kemudian diteruskan dengan Slot 2 (Praktikal) dimana peserta kursus diajarkan cara pemakaian Ihram, Tawaf dan juga Saie. Kursus ini telah disampaikan oleh Mutawif berdaftar Al-Fadhil Ustaz Muhammad Rohaizad bin Mohd Noh dan Sarjan Mejar (B) Md. Yatim bin Jedi. Program diakhiri dengan penyampaian Sijil Penghargaan oleh TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif Pusat Koreksional Jasin kepada Andalusia Travel & Tours di atas kerjasama yang baik ini. Seramai (30) orang kakitangan telah terlibat dalam menjayakan kursus ini. Pihak pengurusan Pusat Koreksional Jasin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Andalusia Travel & Tours dan semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan kursus yang penuh bermakna ini.