Pada 25 Julai 2025 (Jumaat), AKRAB Pusat Koreksional Jasin dan AKRAB PDRM Melaka telah mengadakan kunjungan hormat kepada AKRAB PDRM Johor. Kunjungan hormat dan perbincangan telah diadakan di Dewan Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Tema perbincangan ialah “ Melintasi Batas Mempertingkatkan Kefahaman. AKRAB Pusat Koreksional Jasin diketuai oleh Encik Muhammad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi, dan INSP Raffi bin Tuminoh bersama 5 anggota AKRAB Pusat Koreksional Jasin. AKRAB PDRM Melaka diketuai oleh SI Azman bin Khamis. AKRAB PDRM Johor diketuai oleh ASP Mohd Syairi bin Hasan dan DSP Nurul Akma binti Kamaludin iaitu Timbalan Ketua Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Polis Johor. Lawatan ini telah berjaya mengeratkan hubungan dan membina platform kerjasama yang baik di antara ketiga tiga organisasi AKRAB.