| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Soalan Lazim Hubungi Kami Aduan & Maklum Balas Peta Laman

Mesyuarat Focal Person Pendigitalan Jabatan Penjara Malaysia Bersama Chief Digital Officer (CDO) TKJP Hafidz Bin Othman, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan)

Kajang, 11 Ogos 2025 (Isnin) – Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Focal Person Pendigitalan Jabatan Penjara Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Hafidz bin Othman, yang juga memegang peranan sebagai Chief Digital Officer (CDO) Jabatan Penjara Malaysia.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif pendigitalan jabatan melalui perbincangan bersama pegawai-pegawai focal person yang telah dilantik.

Focal Person setiap bahagian juga telah dimaklumkan berkaitan deraf pelaksanaan Pelan Digital Jabatan oleh PKK Helmi Bin Abd Zamani, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat. Pelan tersebut bertujuan bagi menstruktur semula inisiatif-inisiatif digital jabatan serta halatuju pendigitalan jabatan pada masa depan.


Pada penghujung mesyuarat, pengerusi berharap agar setiap focal person yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan inisiatif kreatif ke arah pendigitalan. Pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan sentiasa menyokong idea, inisiatif serta budaya inovasi terhadap pendigitalan jabatan pada masa akan datang.