Pada 12 Ogos 2025 (Selasa) telah diadakan Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Pusat Koreksional Bintulu Tahun 2025. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Bakti Setia diikuti dengan pemeriksaan barisan oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Atur cara majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Jabatan, pemakaian pangkat dan pingat Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2024 dan 2025, disusuli bacaan doa dan ucapan daripada Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Turut diadakan juga adalah Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan penyerahan bendera Malaysia oleh Pengarah kepada PP Hasbullah bin Berahim, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dan sesi menampal bendera di kenderaan sebagai simbolik sambutan pada kali ini.