Pada 13 Ogos 2025 (Rabu) telah diadakan Program Outreach Korektif peringkat Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA melibatkan penglibatan Pemimpin Masyarakat iaitu Penghulu dan Ketua Rumah Panjang berdekatan. Selain itu, 8 orang prospek serta 24 orang ahli keluarga juga turut serta dalam program pada kali ini. Objektif penganjuran program ini ialah membantu prospek kembali ke masyarakat dengan lebih baik setelah menjalani hukuman, membantu prospek dalam proses pemulihan dan reintegrasi ke dalam masyarakat, membantu prospek untuk memperbaiki hubungan dengan keluarga mereka dan menyediakan pendidikan serta latihan kepada prospek untuk meningkatkan kemahiran mereka. Antara pengisian program ialah taklimat berkaitan Program Low Income Family Empowerment (LIFE), taklimat berkaitan pelaksanaan Civilised Humane Culture Developement Centre (CHCDC) Jabatan Penjara Malaysia dan Program Pemindahan Ilmu daripada prospek berkaitan ilmu pertanian. Di kesempatan ini juga, Penghulu Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu iaitu Encik Rainie bin Piee telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua prospek yang terlibat agar menghargai peluang yang telah diberikan ini untuk berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dan ahli PERSIAP.