Pada 4 September 2025 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Program Outreach Gotong Royong di Madrasah Azzakirin, Pernu melibatkan (7) orang kakitangan diketuai oleh KIP Mohd Rizuan bin Osman, Ketua Seksyen Pemulihan Pusat Koreksional Jasin, Ustaz Muhammad bin Abdullah dan seramai (17) Orang Diselia (ODS). Program Outreach ini dapat memberi pendedahan kepada ODS untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Tujuan utama program ini bagi menceriakan kawasan madrasah dengan kerja-kerja mengecat dan membersihkan kawasan persekitaran madrasah. Kehadiran anggota dan ODS disambut oleh Pengerusi Madrasah YBhg. Datuk Haji Isa bin Abu serta Ahli Jawatankuasa dan tenaga pengajar Madrasah. Pihak Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota yang terlibat dalam menjayakan program yang sungguh bermakna ini.